Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pa.tu.tan] | برڤاتوتن

Definisi : 1. tidak lebih dan tidak kurang, padan benar (dgn), sesuai: kita sendiri juga sedang memerlukan pertahanan yg ~ utk mempertahankan diri kita; 2. setimbal, se­cocok, sepadan: jikalau negara mesti mengambil harta itu utk kebajikan umum harga yg ~ haruslah diberi; 3. tidak keterlaluan, sederhana, sedang: bagi melaksanakan percubaan ini kita mesti mengeluarkan udara terlebih dahulu dr satu bikar yg ~ besarnya; 4. sl baik (kelakuan, perangai, dll), elok, senonoh: maka adat itu meluluskan yg boleh sahaya menegurkan kelakuan raja-raja yg tiada ~; 5. sl kena, cocok, sesuai: jikalau barang satu perkataan itu dipakaikan ~ dgn tempatnya, nescaya sedaplah bunyinya; 6. perlu, cukup: mereka memikirkan bahawa Bangsa-Bangsa Bersatu itu ialah suatu pertubuhan yg terlalu jauh utk diberi perhatian yg ~ dlm rancangan pelajaran kebangsaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pa.tu.tan] | برڤاتوتن

Definisi : tidak lebih dan tidak kurang; cocok benar; berpadanan: Gajinya ~ dgn jawatannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
patut (kata tugas)
1. Bersinonim dengan layak: sesuai, padan, wajar, cocok, laik, labut, gegadan,

2. Bersinonim dengan mesti: wajib, tidak boleh tidak, memang, tentu, harus, wajar, hendaklah, pasti, nescaya, perlu, fardu, cengki, cengli, sembada,

3. Bersinonim dengan mustahak: penting, perlu, pantas,

Kata Terbitan : sepatutnya, berpatutan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
reka bentuk yang melibatkan siri umum uji kaji yang perlu dijalankan atau dimajukan sebagai asas penerbitan model matematik proses fizikal yang di - anggarkan oleh fungsi kuadratik dalam julat pemboleh ubah berpatutan. (KEJ) Boyskenʼs test (ujian Boysken) Ujian untuk mengesan kanser. (UBAT) brachispore (brakispora) Spora pendek dan lebar seperti spora yang dihasilkan oleh kulat Hyphomyce- tes. (BIO) brachistochrone (brakistokron) Lengkung cirian yang

Kembali ke atas