Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.tu] | برساتو

Definisi : 1. bergabung menjadi satu: Bangsa-Bangsa B~; enam puluh orang pemuda dr kampung itu telah pun ~ utk menjaga keamanan di situ; 2. bertaut atau bertemu (menjadi satu yg lebih besar): saluran-saluran rerambut darah semuanya ~ semula menjadi satu pembuluh besar; 3. bersebati (menjadi satu): zat makanan itu ~ dgn oksigen di dlm sel; 4. = ~ hati bermuafakat benar, seia sekata; 5. duduk bersama (sbg suami isteri): mereka sudah bernikah tetapi belum lagi ~; 6. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh, bersama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.tu] | برساتو

Definisi : 1 berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu: Bangsa-Bangsa ~. 2 = ~ hati ber­muafakat benar-benar; seia sekata: ~ teguh, bercerai roboh. 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah me­lang­­sung­kan akad nikah tetapi belum ~ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,

Puisi
 

Bulan terang menikam pari,
     Asam belimbing mengasah kuku;
Tengah malam kami ke mari,
     Bawa kawan nak bersatu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sebagai minyak dengan air.

Bermaksud :

Tak akan dapat bersatu (kerana bermusuhan dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Minyak dengan air adakah [= bolehkah] bercampur?).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Bod gipsum yang digunakan sebagai perencat wap dan penebat haba yang dilapiskan dengan kerajang aluminium di permukaan belakang. (KEJ) foldback DNA (DNA lipat balik) Kawasan bebenang tunggal DNA yang telah bersatu semula kerana penyatuan semula intrabebenang antara jujukan ulangan songsang. (BIO) fold-back elements (unsur lipat balik) Unsur transposon Drosophila yang mempunyai jujukan hujung berulang yang terbalik dan terlibat dalam transposisi UBAT) Jamin refractometer (meter biasan Jamin/refraktometer Jamin) Meter biasan atau refraktometer yang menggunakan dua alur cahaya dari sumber yang sama. Setiap satu alur cahaya melalui tiub vakum dan kemudian bersatu semula. Apabila gas dimasukkan ke dalam salah satu tiub secara perla - han, sesaran pinggir interferens tercerap. Alat ini digunakan untuk mengukur indeks biasan gas. (FIZ) janiceps (janiseps) Lembaga kembar yang

Kembali ke atas