Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tu.kar] | برتوکر

Definisi : ; ~ barang bertukar barang dgn barang (dlm perdagangan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.kar] | برتوکر

Definisi : 1. memberi dan menerima ganti­nya, saling memberi: kedua-dua lelaki ber­jabat tangan, sedang kedua-dua perempuan ~ sapa; 2. berubah kpd bentuk (rupa dll) yg lain: mukanya yg jernih tadi tiba-tiba ~ menjadi muram; ~ dr yg sudah-sudah ber­lainan (berubah) dr yg sudah-sudah; 3. ber­ganti dgn yg lain, bersalin (pakaian dll), bersilih (kulit, bulu, dll): timbanya yg dibuat drpd upih itu empat hari sekali ~; 4. berpindah dr suatu tempat ke tempat yg lain (dr kereta ke kereta yg lain dll): dia sekarang sudah ~ ke Ipoh (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.kar] | برتوکر

Definisi : 1 memberikan ganti kpd apa-apa yg diterima; saling mem­beri: Mereka ~ hadiah. 2 berubah menjadi rupa atau bentuk yg lain: Cuaca pun ~ drpd panas terik menjadi sejuk. 3 berganti dgn yg lain; bersalin (pakaian dll): Aku hendak ~ pakaian. 4 berpindah ke tempat atau ke rumah lain: Ayahnya sudah ~ ke Kuala Pilah. ~ fikiran a. berbincang; berbahas. b. berubah pen­­dapat atau berubah fikiran. c. gila. ~ haluan berubah arah. ~ kulit bersalin kulit drpd yg lama kpd yg baru. ~ tangan menjadi milik atau hak orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Hari Rejab bulan Syaaban,
     Tidak hari bertukar tahun;
Jikalah sekejap rasa sebulan,
     Tidakkah sehari rasa setahun?


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bertukar beruk dengan cigak,
     mengimbuh dengan kera.

Bermaksud :

Yang lama sama dengan yang baru. cigak = kera; imbuh = tambahan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
NH 2 . Sebatian amina aromatik berbentuk cecair yang bermi- nyak, tidak berwarna, mempunyai bau cirian, takat didih 184.4ºC, larut dalam alkohol, kloroform, dan eter, larut sedikit dalam air, dan bertukar menjadi warna perang apabila terdedah pada udara dan cahaya. Anilina disediakan se - cara penurunan nitrobenzena oleh serbuk besi dengan bermangkinkan asid hi- droklorik. Anilina digunakan untuk membuat bahan pewarna, pengantioksida atau kupu-kupu dan lalat gergaji. (BIO) catharsis (katarsis) Lihat abreaction. (UBAT) cation exchange capacity (keupayaan pertukaran kation) Kebolehan sesuatu bahan pepejal yang dalam keadaan bersentuhan dengan larutan untuk saling bertukar kation. Kation tertentu yang tidak terikat dengan kuat dalam pepejal tersebut berpindah ke dalam molekul bahan larutan. Kat- ion yang bebas dari larutan berpindah masuk ke dalam pepejal tersebut. Sifat

Kembali ke atas