Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.tis] | بتيس

Definisi : bahagian berisi di belakang kaki di bawah lutut (antara lutut dan buku lali); buah ~ = jantung ~ = perut ~ daging di belakang tulang kering, anjing-anjing; tulang ~ tulang kering (antara lutut dan kaki); diberi ~, hendak paha prb diberi sedikit, hendak banyak;membetis berjalan kaki: setiap hari dia ~ ke sekolah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.tis] | بتيس

Definisi : sj tumbuhan (pokok), belian, Palaquium spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.tis] | بتيس

Definisi : bahagian kaki di antara lutut dgn buku lali: buah (jantung, perut) ~ kumpulan daging pd sebelah belakang betis; tulang ~ tulang yg menghubungkan lutut dgn kaki; tulang kering. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betis

Puisi
 

Mengeting kaki mengeting betis,
     Seperti benang sudah diisi;
Dipandang jauh cantikmu alis,
     Gambar adik terkenang hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Dikacak betis sudah bak betis,
     dikacak lengan sudah bak lengan.

Bermaksud :

Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong. dikacak = dipegang.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
langsung yang diperlukan untuk menjalankan sesuatu loji bagi menghasilkan produk ter - masuk kedudukan loji, reka bentuk proses, servis umum dan pekerja. (KEJ) plantar flexion (fleksi kaki) Pembengkokan kaki ke arah betis. (UBAT) plastic cracking (retak plastik) Retak yang terjadi pada permukaan konkrit baru selepas dituang ke dalam acu- an atau struktur. Retak plastik sering berlaku pada permukaan papak konkrit apabila air

Kembali ke atas