Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.na] | بينا

Definisi : bangunan: aku jumpa dia di atas ~ stesen; tapak ~ tapak bangunan; seni ~ a) seni atau ilmu merancang, mereka bentuk, dan membina bangunan; b) gaya sesuatu bangunan direka bentuk dan dibina, terutamanya pd zaman atau di tempat tertentu: seni ~ Islam; membina 1. membuat sehingga terdiri sesuatu (spt rumah, bangunan, jalan raya, dll), membangunkan, mendirikan: kerajaan ~ rumah murah utk golongan yg berpendapatan rendah; 2. membantu dlm proses menjadi besar: makanan yg ~ badan; 3. mengusahakan supaya lebih maju, membangunkan: ~ negara; 4. mewujudkan, membentuk: ~ satu masyarakat baru; ~ sikap baru; ~ rumah tangga yg bahagia; 5. mengembangkan: ~ plot cerita; 6. memajukan dan meninggikan mutu dan taraf serta memperkukuh kedudukan sesuatu (spt bahasa dll): ~ bahasa Melayu; 7. mendatangkan kebaikan, membawa manfaat, dapat memajukan (membaiki dsb) sesuatu: teguran yg ~;terbina 1. dibina, terbangun, terdiri: bangunan-bangunan tinggi yg ~ di bandar raya Kuala Lumpur; 2. terbentuk drpd beberapa unsur (bahan dll): bumi yg ~ drpd batu-batan dan logam yg keras; 3. ki (sudah) wujud: memupuk kasih sayang sehingga ~ istana cinta; binaan 1. benda yg dibina, bangunan, susunan; ~ jantung susunan (bentuk) jantung; 2. pembentukan; ~ nitrat pembentukan nitrat oleh kuman, penitratan; ~ tulang pembentukan tulang; pembinaan 1. perbuatan (kegiatan, usaha, dsb) membina (mendirikan, membangunkan): ~ jambatan; 2. pembangunan: ~ negara; 3. perihal membina (tubuh dsb): zat-zat yg membantu ~ tubuh; 4. perbuatan membina (bahasa): ~ bahasa; pembina orang (syarikat dll) yg membina (mendirikan, membangunkan, dsb) sesuatu: ~ bangunan; ~ negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.na] | بينا

Definisi : ; membina 1 membuat sesuatu bangunan, spt rumah supaya tegak berdiri: Siapakah yg ~ masjid yg seindah ini? 2 mengusahakan supaya maju dan lebih baik; membaiki: Kita mesti bekerja keras utk menyusun dan ~ suatu masyarakat yg adil dan makmur. binaan sesuatu yg dibina; hasil drpd membina: Taj Mahal merupakan ~ yg terindah di dunia. pembinaan perbuatan atau hal membina; pembangunan: ~ masjid itu memakan masa lebih kurang dua tahun. pembina orang yg membina; pembangun: Siapakah ~ bangunan Taj Mahal yg masyhur itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bina


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
bata. (KEJ) arch brick (bata gerbang) Bata yang dapat digunakan untuk membina gerbang. (KEJ) arch dam (empangan gerbang/empangan lengkung) Empangan yang berbentuk melengkung atau separuh bulat. Empangan ini di- bina pada asas batuan yang kukuh. (KEJ) arch ring (gelang gerbang) Anggota melengkung yang memberikan sokongan utama kepada struktur ger- bang. (KEJ) arched squall (badai lengkung) Badai di kawasan tropika yang BIO) archicarp (arkikarpa) Askogonium atau organ pembiakan betina kulat Ascomycetes yang akan berkembang menjadi peritesium atau sekumpulan sel pemula peritesium. (BIO) archidictyon (arkidiktion) Lihat archedictyon. (BIO) architectural acoustic (akustik seni bina) Kajian mengenai perancangan dan pembinaan struktur sesuatu bangunan untuk memastikan penghantaran bunyi yang baik kepada semua pendengar. (FIZ) archive (arkib) 1. Tempat menyimpan atur cara dan data komputer bagi jangka

Kembali ke atas