Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.bur] | بوبور

Definisi : sj makanan (drpd beras, jagung, kacang hijau, dll) yg lunak dan berair; ~ Asyura bubur drpd campuran berbagai-bagai bahan yg dibuat pd hari Asyura, iaitu hari yg ke-10 dlm bulan Muharam; ~ ayam bubur nasi yg mengandungi daging ayam; ~ kacang hijau bubur drpd campuran kacang hijau, gula, dll; ~ kanji (ayam) bubur nasi (ayam) yg dibubuhi bawang dan rempah-rempah lain; ~ lambuk sj bubur nasi yg dicampurkan dgn sayur-sayuran, isi ikan, dll; ~ sumsum bubur drpd tepung beras; kurang-kurang ~, lebih-lebih sudu prb a) perkara kecil yg dibesar-besarkan orang; b) sedikit pengetahuan tetapi cakap besar; nasi sudah menjadi ~ prb sesuatu (perbuatan dll) yg sudah terlanjur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.bur] | بوبور

Definisi : makanan drpd kacang hijau dll yg dibuat lembik serta berkuah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bubur

Puisi
 

Tumbuk tepung jangan dicuci,
     Buat bubur dalam belanga;
Tutup pintu jangan kunci,
     Abang nak masuk tidur sama.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kurang-kurang bubur,
     lebih-lebih sudu (= sudu yang lebih).

Bermaksud :

Perkara kecil menjadi besar kerana banyak dipercakapkan orang; pengetahuan sedikit tetapi terlalu besar cakapnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
umum digunakan dalam industri petroleum. (KEJ) two-plug method (kaedah dua palam) Satu daripada kaedah penempatan palam simen dalam operasi penutupan semula telaga. Dalam kaedah ini, satu palam diturunkan mendahului bubur simen yang disebut palam bawah dan satu lagi yang disebut palam atas di - turunkan mengikuti buburan simen. Penangkap palam dipasang di bahagian bawah rangkaian paip gerudi atau tetiub yang berfungsi

Kembali ke atas