Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.nuh] | بونوه

Definisi : ; ~ diri mengambil nyawa sendiri dgn sengaja; hukum ~ hukum mati (dgn dipancung, digantung, ditembak, dll); berbunuhan, berbunuh-bunuhan, bersibunuhan ark, bunuh-membunuh mati-mematikan (sesama sendiri), saling membunuh (mematikan): pd zaman dahulu, masing-masing berperangan dan ~;membunuh 1. mematikan, menghilangkan nyawa: dia dituduh ~ kawannya; 2. memadamkan (api, tulisan, dll), menghapuskan (sesuatu), meluputkan: sebelum dapat dibunuh, api telah menjalar ke sekeliling rumah; ia ~ perkataan yg telah ditulisnya; Tuan Hess ~ maksud Encik Ramli; sikap begini akan ~ keyakinan diri anak-anak itu sendiri; 3. menutup (menampal) tempat yg bocor;terbunuh mati (akibat kemalangan, dibunuh, dsb);bunuhan 1. (orang dll) yg dibunuh; 2. bahagian lukah yg di belakang (di dalam sekali) tempat ikan tertangkap (terperangkap); pembunuhan perbuatan membunuh;pembunuh 1. orang yg membunuh; 2. alat atau sesuatu yg digunakan utk membunuh: ubat ~ serangga; ~ bersiri orang yg membunuh beberapa orang, seorang demi seorang dlm kejadian yg berurutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.nuh] | بونوه

Definisi : ; berbunuh-bunuhan saling mencuba mematikan lawan: Kedua-dua hamba yg setia itu bertengkar dan akhirnya ~. membunuh melakukan sesuatu terhadap benda-benda yg bernyawa supaya mati; mematikan: Dua orang pemuda telah dikenakan hukuman gantung kerana ~ seorang polis. terbunuh tidak bernyawa lagi; mati kerana dibunuh: Beberapa orang pengganas telah ~ dlm pertempuran di sempadan. bunuhan seseorang atau sesuatu yg dibunuh. pembunuhan perbuatan atau hal membunuh: Orang yg melakukan ~ terhadap pegawai polis itu telah ditangkap dan dihukum. pembunuh 1 orang yg membunuh: Polis sedang mencari ~ perempuan muda itu. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membunuh: ubat ~ kuman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunuh

Peribahasa

Salah cencang memberi pampas,
     salah bunuh membangun.

Bermaksud :

Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Merebut merampas, membunuh membangun, c. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dibiarkan menghablur. (KIM) kievitone (kieviton) Fitoaleksin isoflavanon yang dihasilkan oleh kacang buncis. Sebatian ini dijangka memainkan peranan untuk menyebabkan ketahanan perumah ter- hadap jangkitan Rhizoctonia solani. (BIO) kill line (talian bunuh) Talian yang tahan terhadap tekanan tinggi yang menghubungkan telaga peng- keypad kill line Kamus Sains.indb 462 7/8/08 11:49:47 AM 463 gerudian dengan pam lumpur. Talian sebatian organosulfur terbitan hidrogen sulfida yang mempunyai sifat khas, iaitu berbau busuk dan terdapat dalam petroleum mentah. (KIM) thiolutin (tiolutin) Antibiotik yang dihasilkan oleh Streptomyces albus. Bahan ini dapat mem- bunuh banyak jenis bakteria dan beberapa jenis kulat. (BIO) thiophanate (tiofanat) Nama am fungisid sistemik perumusan abuk yang berspektrum luas dengan nama kimianya dimetil (atau etil)-4,4-fenillenebis-(3-ditiofanat

Kembali ke atas