Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.ru/] | بوروق

Definisi : 1. tua dan rosak (busuk), tidak cantik: Zaini sedang terbaring di tilam ~, pusaka ayahnya; kalau seorang perempuan ~ datang ke rumahnya mengemis, haram mereka mahu menolong; 2. tidak baik, jahat: perangai yg ~; pendedahan yg menyingkap tujuan ~ mereka; 3. tidak menyenangkan, merosot: ekonomi yg semakin ~; ~ ambil salah terima, menganggap kurang baik; ~ hati jahat (hati); ~ laku tidak baik kelakuan; ~ makan lahap, rakus; ~ mulut kasar mulut; ~ perut a) banyak makan; b) mudah kena sakit; ~ pok Kl, Tr buruk sekali; ~ sangka salah sangka (terima); ~ siku a) sudah memberi sesuatu kpd orang tetapi mengambilnya balik; b) tidak menyebut-nyebut kebaikan atau berian orang; ~ muka, cermin dibelah prb kesalahan dibuat sendiri tetapi dilemparkan kpd orang lain; ~ perahu ~ pangkalan prb tidak mahu melihat rumah bekas isteri (bekas tempat bekerja); ~ tak tahu akan hinanya prb tidak insaf akan kekurangan diri sendiri; ~-~ (bak) embacang prb pengetahuan (akal) bukan hanya terdapat pd orang yg elok rupa sahaja; biar ~ kain dipakai, asal pandai mengambil hati prb pakaian yg elok mudah dibeli tetapi berlainan halnya dgn budi bahasa yg halus; tiada ~ yg tiada elok prb orang yg berselisih itu akan berbaik juga; tiada elok yg tak ~ prb orang yg berbaik-baik itu akan berselisih juga; berburuk, berburuk-buruk bermusuhan, berselisihan; memburuk menjadi buruk (busuk dll): sekarang dia terpisah drpd golongannya, ~ dan tidak diperlukan lagi, kotor dan dibuang;memburukkan 1. menjadikan buruk (busuk dll): hujan dan panas matahari lekas sekali ~ kayu; 2. = memburuk-burukkan mengata-ngata, mencela, mencaci, mencerca: lekas sekali tuduhan datang ~ Ida; mereka telah menggunakan isu-isu yg berunsur negatif dgn tujuan memburuk-burukkan kepimpinan dan kerajaan;keburukan 1. kekurangan, kelemahan, kepincangan: berikan ~ dan kebaikan tinggal di bandar; 2. hal yg tidak baik (tentang orang atau sesuatu): ~ orang yg telah meninggal, terkubur dgn jasadnya; bercerita tentang ~ keluarga sendiri; pemburukan perihal memburukkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.ru/] | بوروق

Definisi : 1 tidak elok lagi atau rosak kerana sudah lama: Mereka tinggal di sebuah pondok ~ di hujung kampung itu. 2 tidak cantik; hodoh: Seorang perempuan tua yg ~ datang meminta pertolongan kpdnya. 3 tidak menyenangkan; tidak elok atau tidak baik (bkn perangai atau tingkah laku): Kelakuannya ~ sekali. ~ hati jahat hatinya. ~ laku tidak baik kelakuannya. ~ makan makan dgn banyaknya serta gelojoh. ~ mulut kasar perkataannya. ~ sangka menyangka yg bukan-bukan. ~ siku mengambil balik apa-apa yg telah diberikan kpd orang. memburukkan 1 menyebabkan menjadi buruk: Air hujan dan panas matahari lekas sekali ~ kayu. 2 mengatakan atau menganggap buruk; mengata-ngatai: Ia telah dipecat dr parti kerana ~ nama ketua partinya dlm akhbar. keburukan keadaan atau sifat buruk: Kalau kita sendiri menceritakan ~ keluarga kita, kita pun akan mendapat malu juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buruk

Puisi
 

Kain buruk sangkut di kandang,
     Bawa pula basah ke paya;
Saya buruk jangan dipandang,
     Bagai anjing buruk kepala.


Lihat selanjutnya...(63)
Peribahasa

Umpama kayu buruk: buruk di panas,
     reput di hujan.

Bermaksud :

Nasib malang yang tak dapat dielakkan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(116)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Lihat brusellosis. (UBAT) abrasion resistance (rintangan lelasan) Rintangan terhadap geseran permukaan yang berlaku pada struktur. (KEJ) abreaction (abreaksi) Proses psikoanalisis yang digunakan untuk meluahkan perasaan pesakit ber- hubung dengan pengalaman buruk yang terpendam dengan mengulangi pe- ngalaman berkenaan melalui pertuturan atau perbuatan. Sinonim catharsis. (UBAT) abrupt wave (gelombang dadakan) Gelombang jalar atau tambahan kedalaman air dalam suatu alur terbuka yang disebabkan Sistem kawalan bercorak pencegahan yang berasaskan analisis punca bahaya pada peringkat kritikal dalam pengeluaran makanan. Analisis ini termasuk mengenal pasti ramuan, parameter pengeluaran dan hasil yang mungkin boleh memberi kesan buruk kepada pengguna. Singkatan HACCP. (TEKMA) H-beam (rasuk H) Rasuk yang keratannya berbentuk H dan mempunyai bebibir yang lebar serta digunakan sebagai struktur tiang. (KEJ) head crash (nahas kepala) Keadaan

Kembali ke atas