[ca.ke.ra] | چکرا
Definisi : 1. = cakeram sl roda; 2. = cakeram senjata yg bulat pipih dan tajam tepinya: selapis panah dan selapis dadap dan selapis ~; 3. besi yg pipih bulat yg dilemparkan dlm pertandingan sukan; 4. (Komp) sj peranti drpd kepingan bersalut magnet yg digunakan utk menyimpan data dan atur cara komputer; ~ keras (Komp) sj cakera yg dapat menyimpan banyak data; ~ liut (Komp) sj cakera magnetik yg ringan dan fleksibel utk menyimpan data, biasanya terdapat dlm saiz (garis pusat) 8 inci, 5.25 inci, dan 3.5 inci, disket; ~ optik (Komp) sj cakera yg menggunakan teknologi laser utk merakamkan data pd cakera; ~ padat (Komp) sj cakera magnetik yg mempunyai ketumpatan perakaman yg tinggi, dgn storan yg lebih besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ca.ke.ra] | چکرا
Definisi : 1 roda: ~ putar. 2 besi pipih bulat yg dilemparkan dlm sj pertandingan sukan: lempar ~. 3 senjata yg bulat pipih dan tajam tepinya. 4 ist alat yg digunakan sbg tempat menyimpan data dan atur cara komputer. ~ keras ist alat yg dibuat drpd bahan tegap yg dpt menyimpan data komputer yg banyak. ~ liut ist alat berbentuk empat segi, ringan dan mudah dibawa, yg biasanya dpt menyimpan data komputer dlm kuantiti yg kecil; disket. ~ luaran ist unit cakera yg berada di luar unit sistem komputer. ~ optik ist alat yg menggunakan teknologi laser utk merakamkan data komputer pd cakera. ~ padat alat berbentuk bulat, leper dan nipis yg mempunyai ketumpatan perakaman data komputer yg tinggi. ~ suria sistem yg terdiri drpd matahari, planet-planet (Marikh, Zuhrah, Bumi, Utarid, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun, Pluto), komet dll dan planet tsb beredar mengelilingi matahari mengikut orbit masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)