Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mencapai 1. hendak memegang atau mengambil (dgn menghulurkan tangan dll); 2. bertemu dgn, sampai ke: Jerman berusaha menghalang bahan-bahan perbekalan dan alat-alat perang ~ Army ke-5; ia bernasib baik dapat meneruskan pelajarannya sehingga ~ tingkatan lima; 3. mendekati, me­mikat (hati dll): dgn bahasa Belanda, kami tidak lekas ~ jiwa manusia yg bersahaja itu, tetapi dgn bahasa Melayu lancar sekali; 4. menjayakan (harapan, rancangan, tujuan, dll), menghasilkan, menjadikan kenyataan (se­suatu matlamat dll): ia terpaksa memberanikan hatinya utk ~ cita-cita itu; 5. mendapat (memperoleh, menghasilkan) sesuatu me­nerusi usaha: bagi ~ pengeluaran yg sebanyak itu, kita harus melipatgandakan bilangan buruh; tercapai (sudah) dicapai, sudah sampai (ke), sudah sampai (maksud), terlaksana; tercapaikan dapat dicapai: mereka tidak akan ~ maksud aku; capaian (Komp) proses memasuki ruang simpanan utk menyimpan atau memperoleh kembali data dlm komputer; pencapaian apa yg telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh), prestasi: Pemuda UMNO harus melihat sama ada ~ orang Melayu sudah sampai ke tahap sempurna atau belum; isi, tema, persoalan novel bukanlah penentu mutlak ~ sesebuah novel; sepencapai sedapat (sehingga, sejauh) tangan mencapai, sejengkau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata capai I

Puisi
 

Tidak gula dibuat gula,
     Hanyut kiambang berangkai-rangkai;
Tidak gila dibuat gila,
     Bulan mengambang rasa nak capai.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
board. (KEJ) jack plane (ketam pemula) Ketam untuk kerja am yang ukuran panjangnya berjulat antara 30 cm hingga 38 cm. Ketam ini digunakan untuk mengetam kasar benda kayu sehingga men- capai ukuran yang dikehendaki dan mengetam bahagian tepi dan hujung kayu yang hendak disambung. (HUT) jack rafter (kasau jantan) Kasau pendek yang biasa digunakan pada bumbung limas. (KEJ) jacked pile (cerucuk jek

Kembali ke atas