Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.tat] | چاتت

Definisi : ; mencatat 1. menulis atau merakamkan sesuatu (dlm buku dll) utk peringatan (per­hatian pd masa hadapan dll): seorang setiausaha harus dilantik utk ~ minit mesyuarat itu; cara-cara utk ~ pengeluaran wang; 2. membuat, merintis, memelopori: hari ini, hari yg paling gembira kerana kita telah ~ sejarah baru; 3. mencapai, memperoleh, mendapat (kemenangan, kejohanan, hasil, dll): ia telah ~ kemenangan dlm pertandingan itu; mencatatkan 1. menuliskan atau merakam­kan sesuatu (dlm buku, fail, dll) utk peringatan (tatapan pd masa hadapan dll): Raja Haji Yahaya telah ~ cerita rakyat Melayu; tuan rumah itu ~ nama-nama orang yg berderma; 2. mendaftarkan (diri, nama); 3. me­nuliskan (merakamkan) utk: tolong catatkan saya nama ahli-ahli yg hadir; tercatat sudah dicatat (tertulis, termaktub): orang Yahudi sedia mengetahui dari hal itu sebagaimana yg ~ dlm kitab mereka; catatan yg telah dicatat, peringatan; ~ bawah = ~ kaki keterangan pd bahagian bawah muka surat, nota kaki; ~ harga kete­rangan bkn harga barang; ~ jiwa daftar bilang­an penduduk (banci); ~ rapat Id laporan ringkas bkn apa-apa yg dibicarakan dlm mesyua­rat; pencatatan perihal (perbuatan dsb) men­catat(kan); pencatat 1. orang yg membuat catatan; 2. alat yg digunakan utk mencatat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.tat] | چاتت

Definisi : ; mencatat 1 menulis dlm buku dsb utk peringatan: Ia telah diminta ~ nama-nama pekerja yg datang lewat. 2 mencapai atau memperoleh (kemenang­an, kejayaan dsb dlm sesuatu): Ia telah ~ kemenangan dlm pertandingan itu. tercatat telah ditulis (utk peringatan dll): Hal itu ~ dlm lembaran sejarah tanah air. catatan apa-apa yg sudah dicatat; peringatan: Menurut ~ kerajaan, lebih kurang 423, 260 orang Hindu telah terkorban dlm peperangan di sempadan India. ~ bergu ist kaedah mencatat sesuatu butiran urus niaga sbg debit dlm satu akaun dan sbg kredit dlm akaun yg lain. pencatat 1 orang yg membuat catatan. 2 alat yg digunakan utk mencatat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata catat


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
yang tidak bersayap mungkin tidak dapat mengadaptasi dengan baik dalam habitat leluhurnya, tetapi boleh hidup di dalam lubang dan di celah-celah yang tidak sesuai bagi bentuk bersayap. (BIO) annotate (catat) Tindakan memasukkan penerangan atau ulasan ke dalam bahagian atur cara yang dapat menjelaskan makna atau tujuan bahagian atur cara tersebut. (KOM) annuli fibrosi (anuli fibrosi) Tisu penghubung pada rangka tengah cas elektronik electronic charge cas keunsuran elementary charge cas pengutuban polarization charge cas teraruh induced charge cas terikat bound charge casis komputer computer chassis cat paint cat emulsi emulsion paint catat annotate catuan luas pangkal basal area control/basal area regulation catur kutub elektrik electric quadrupole catur kutub quadrupole CAVOK CAVOK cawan cup cawan elf elf cup cawan gugus cluster cup

Kembali ke atas