Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.de.ra] | چدرا

Definisi : 1. cacat, cela (sedikit): tuan hamba, tegur oleh tuan hamba jika ~nya pakaian hamba ini; 2. luka (patah tulang dsb): tiga orang telah ~ dlm kemalangan itu; 3. menderita, merana, celaka, rugi: kena ~ Mn a) didatangi musuh dgn tiba-tiba, digeledah dgn tiba-tiba; b) dianiayai (dicelakakan) orang; c) menderita kerana pekerjaan berat dll; mencedera Mn mendatangi (menggeledah) dgn tiba-tiba; mencederakan menyebabkan cedera (luka, patah tulang, dsb): mereka telah ~ beberapa orang musuh; tercedera 1. mendapat cedera (luka, patah, dsb): ayah Hilmi ~ dlm satu serangan; 2. Mn merana; kecederaan keadaan cedera (luka, patah tulang, dsb): bermain-main semasa bekerja kerap kali menyebabkan orang lain mendapat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.de.ra] | چدرا

Definisi : pertelingkahan, perselisihan, per­tengkaran; bercedera bertelingkah, berselisih, berteng­kar; kecederaan hal atau keadaan cedera; percederaan hal bercedera, pertelingkahan, perselisihan, pertengkaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.de.ra] | چدرا

Definisi : 1. mungkir janji, tidak setia, ber­khianat; 2. pembunuhan (penyerangan dll) dgn tidak berterang-terangan (tipu daya); mencedera, mencederakan 1. mengkhianati; 2. membunuh (menyerang dll) dgn diam-diam (tipu daya); kecederaan khianat, keadaan tidak setia; pencederaan perihal (perbuatan) mence­dera(kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.de.ra] | چدرا

Definisi : 1 luka (patah tulang dsb) pd badan kerana kemalangan dll: Banyak orang yg ~ dlm kemalangan itu. 2 cacat sedikit: ~nya rekod ini disebabkan oleh calar-calarnya. mencederakan menyebabkan (mendapat) cedera; mencacati: Tentera kerajaan telah ~ beberapa orang drpd pihak musuh. tercedera mendapat cedera; menderita cedera: Beberapa orang telah ~ dlm perkelahian itu. kecederaan keadaan cedera (luka, patah tulang dsb): Dia terpaksa meletakkan jawatan kerana ~ pd kakinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cedera


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
menarik lelompat hijau, iaitu vektor bagi virus penyakit merah. (BIO) trapping (penjeratan) Proses memerangkap sebarang input, tindakan atau keadaan yang tidak di- benarkan dalam sesuatu sistem. (KOM) traumatic parenchyma (parenkima cedera) Parenkima yang mempunyai ukuran, bentuk dan taburan yang tidak sekata akibat kecederaan kambium. (HUT) traumato- (traumato-) Satu bentuk imbuhan asing yang menunjukkan kaitan dengan trauma, transpiration transverse magnetic mode transverse potong rentang quarter sawn timber paparan surih trace display paparan tampak visual display paparan vektor vector display papila valat vallate papillae Paracetamol Paracetamol paradoks Klein Klein paradox paralutein paralutein parenkima cedera traumatic parenchyma parenkima penghujung terminal parenchyma parenkima vasisentrik vasicentric parenchyma pars spongiosa uretra muskulinae pars spongiosa urethra musculinaei partikel Kappa Kappa particles pasang surut terma thermal tide pasang surut tropika

Kembali ke atas