Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.lah] | چله

Definisi : 1. tempat yg terluang (sela, renggang) di antara dua benda; ~ dinding tempat yg terbuka di antara dua papan pd dinding (sela-sela dinding); ~ jari ruang di antara jari (sela­sela jari); 2. sampuk, perkataan (cakap) yg menyelang atau memenggal (perkataan orang): “Jemputlah minum,” ~ isterinya; 3. masa terluang (antara dua pekerjaan dll): tak ada ~ hendak pergi ke rumahmu; 4. ruang yg terluang: sesungguhnya dunia Islam, di ~ kelemahannya akan menjadi dunia sekular; ~ daun sudut atas di antara daun dan dahan (ranting) tempat tumbuhnya atau di antara dahan dan batang pokok; ~ suara Id lubang dlm halkum yg menerbitkan suara; ditaruh di ~ gigi pun tak cukup ki sangat sedikit (bkn makanan dll); mencelah 1. masuk di celah (orang dll), berada di celah-celah: perempuan itu ~ di antara kedua-dua anaknya yg sedang berkelahi itu; 2. memotong cakap orang, me­nyampuk: belum sempat saya menghabiskan perkataan saya, dia pun ~; saya tidak mahu ~ kata-katanya; 3. mulai masak dgn per­ubahan warna sedikit-sedikit tetapi belum merata (bkn buah-buahan spt rambutan, langsat dan duku); mencelah-celah masuk melalui celah-celah (orang ramai dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.lah] | چله

Definisi : 1 bahagian yg terluang (renggang) di antara dua benda; sela: ~ jari. 2 masa yg terluang (antara dua waktu): Tidak ada ~ hendak pergi ke rumahmu. mence­lah 1 masuk di celah-celah; berada di celah: Buah langsat kuning ~. 2 memotong percakapan orang; menyampuk: Belum sempat saya menghabiskan percakap­an saya, pemuda itu terus ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata celah

Puisi
 

Sirih kuning celah lantai,
     Ayam putih berkokok lalu;
Adik kuning panjang lampai,
     Adik putih abang gemalu.


Lihat selanjutnya...(20)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
keras sederhana. Alan batu mudah dikerjakan, dikemas siap, dikeringkan dan sederhana tahan. Alan batu digunakan untuk lantai, papan panel dan kayu kumai serta pembuatan perabot dan perahu. (HUT) alarima (alarima) Celah di antara dua paraglosa pada serangga. (BIO) alate (berala) Berkaitan dengan serangga yang mempunyai sayap. (BIO) albedo (albedo) Nisbah sinaran terpantul terhadap sinaran masuk, biasanya dinyatakan dalam peratusan. (BIO, FIZ ecology yang tidak sesuai bagi induk organisma itu. Contohnya, serangga yang tidak bersayap mungkin tidak dapat mengadaptasi dengan baik dalam habitat leluhurnya, tetapi boleh hidup di dalam lubang dan di celah-celah yang tidak sesuai bagi bentuk bersayap. (BIO) annotate (catat) Tindakan memasukkan penerangan atau ulasan ke dalam bahagian atur cara yang dapat menjelaskan makna atau tujuan bahagian atur cara tersebut

Kembali ke atas