Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cem.pe.da/] | چمڤدق

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg buahnya spt nangka), Artocarpus champeden; ~ air sj tumbuhan (pokok), Artocarpus kemando; bagai bunyi ~ jatuh prb kuat bunyinya (biasanya dikiaskan pd orang yg gemuk jatuh); drpd ~ baiklah nangka prb a) drpd tidak ada langsung, sedikit pun cukuplah; b) kalau tidak ada yg baik, yg kurang baik pun berguna juga; seorang makan ~, semua kena getahnya prb seseorang berbuat salah, semuanya dikatakan berbuat salah juga; tanam ~ tumbuh nangka prb apa yg diperoleh lebih drpd apa yg diharapkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cem.pe.da/] | چمڤدق

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya spt buah nangka), Artocarpus champeden. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cempedak

Puisi
 

Makan cempedak bekal cempedak,
     Pergi ke laut mengail udang;
Bertokok tidak meluakkan tidak,
     Saya melukut di tepi gantang.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Daripada cempedak baiklah nangka,
     daripada tidak baiklah ada.

Bermaksud :

Sedikit pun cukuplah daripada tiada langsung.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Lihat cardio-air resuscitation. (UBAT) mucocutaneous leishmaniasis (leishmaniasis mukokutis) Lihat espundia. (UBAT) multiple fruit (buah majmuk) Buah yang terbentuk daripada beberapa ovari daripada sejambak bunga. Con- tohnya, nanas, nangka dan cempedak. Sinonim composite fruit. (BIO) muscular dystrophy (distrofi otot) Sekumpulan penyakit miopati degeneratif yang dicirikan oleh kelemahan dan atrofi otot tanpa melibatkan saraf tetapi tidak menyakitkan. Penyakit ini bi - asanya merupakan

Kembali ke atas