Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cen.de.rung] | چندروڠ

Definisi : 1. tidak tegak, condong, senget; 2. menaruh minat (keinginan, kasih, dsb) terhadap sesuatu, suka (akan sesuatu atau melakukan sesuatu), menunjukkan kegemaran kpd: ia lebih ~ membaca novel; 3. berpihak kpd, memilih pihak, menyebelahi, condong: hakim yg adil tidak ~ kpd pihak mana pun; 4. sl lereng bukit (jurang, tebing, dll) yg curam: ~ yg tinggi lagi terjal; mencenderungkan menyebabkan (men­jadikan) cenderung, menyebabkan seseorang berminat (suka, gemar) pd sesuatu: dlm artikel ini, tumpuan akan diberikan kpd peranan ibu bapa membentuk personaliti anak-anak yg ~ mereka kpd penyalahgunaan dadah; kecenderungan kesukaan (keinginan, ke­mahuan), kecondongan (bkn bakat, hati): pendapat pentafsir itu bergantung pd ~nya; kaedah mengajar ini mesti disesuaikan dgn ~ kanak-kanak; berkecenderungan menunjukkan atau mem­punyai kecenderungan (terhadap sesuatu atau utk melakukan sesuatu): sudah ada kes yg menunjukkan bahawa pelarian Vietnam yg sudah biasa dgn kehidupan huru-hara itu ~ utk mencipta fenomena serupa itu di sini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cen.de.rung] | چندروڠ

Definisi : 1 ada minat pd sesuatu; suka akan: Ia ~ membaca. 2 tidak tegak; condong; senget. kecenderungan 1 apa-apa yg diminati atau disukai; kesukaan; kemahuan: Kaedah mengajar di sekolah rendah ini disesuaikan dgn ~ kanak-kanak. 2 perasaan cenderung pd atau suka akan sesuatu: ~nya dlm bidang muzik telah mendorongnya mendalami bidang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cenderung


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
gi, perusahaan haiwan, kawalan pencemaran dan berbagai-bagai aspek lagi. (BIO) applied force (daya kenaan/daya gunaan) Daya luar yang dikenakan terhadap jasad. Daya kenaan menyebabkan jasad itu bergerak atau cenderung untuk bergerak. Daya ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu daya tindakan dan daya tindak balas. Lihat juga active force, reactive force. (FIZ) applied voltage (voltan kenaan) Voltan yang dibekalkan kepada batu bitumen) 1. Bitumen yang dihasilkan melalui pembakaran arang batu. 2. Arang batu berwarna hitam dan bergred tinggi serta bernilai komersial se - bagai bahan api. Arang batu ini jika dipecahkan, cenderung pecah menjadi ketul-ketul berbentuk segi empat dengan memperlihatkan satah laminasi yang jelas. Sekiranya dihancurkan menjadi serbuk, arang batu menjadi warna coklat tua. Arang batu ini terbakar dengan mengeluarkan nyala

Kembali ke atas