Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.pat] | چڤت

Definisi : 1. laju, deras, kencang, pantas (bkn ge­rakan, waktu, kejadian, dll): langkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya pertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke sekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah (mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan lebih dahulu; ~ marah lekas marah; ~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki terlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan; secepat; ~ kilat sangat cepat (spt kilat); ~ mungkin seberapa cepat yg dapat, selekas mungkin; cepat-cepat dgn pantas sekali, dgn sangat cepat: Mak Limah ~ mengesat air matanya dgn hujung lengan baju kurungnya yg lusuh; mereka ~ mengenakan pakaian masing-masing kerana sudah lewat utk pergi ke sekolah; secepat-cepatnya secepat mungkin, selekas mungkin, selekas-lekasnya; bercepat-cepat, bersecepat, bersicepat 1. berlumba-lumba, berebut-rebut hendakkan cepat; 2. lekas, terburu-buru, tergesa-gesa: tak usah ~ menyeberangi jalan, kereta terlalu banyak lalu-lalang; mencepat menjadi cepat; mencepatkan 1. melakukan (mengerjakan dll) dgn cepat, menderaskan, mengencangkan: aku pun ~ langkahku; 2. menyegerakan, melekaskan, menyebabkan berlaku lebih dahulu, memajukan waktu: rumah yg ~ mereka kaya; mempercepat menjadikan lebih cepat; cepatan kadar perubahan laju gerakan sesuatu dlm unit masa tertentu, pecutan; kecepatan 1. cepatnya sesuatu perjalanan (gerakan dll), kelajuan: ~ putaran jentera itu dikendurkan; ia menjalankan keretanya dgn ~ 50 km sejam; 2. Jk terlalu cepat; pencepatan perihal mencepatkan; pencepat alat utk mencepatkan atau mem­percepat gerakan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.pat] | چڤت

Definisi : 1 dpt mencapai jarak yg jauh dlm waktu yg singkat (ttg gerakan); pantas; laju: Kerana hendak lekas sampai, kami terpaksa berjalan ~. 2 lebih lekas atau terdahulu drpd yg sepatutnya (ttg jam dsb): Jam saya ~ 5 minit. 3 lekas; segera: Kita mesti pergi ~, jika tidak, kita akan ketinggalan bas. ~ kaki pantas berjalan. ~ kiri kidal. ~ lidah (mulut) mudah menuturkan sesuatu tanpa berfikir dahulu. ~ tangan suka mencuri. bercepat-cepat berlumba-lumba atau berebut-rebut hendak cepat; terburu-buru: Semua murid ~ masuk ke bilik darjah. mencepat menjadi cepat. mencepatkan 1 menjadikan cepat; menderaskan; melajukan: Orang itu ~ keretanya. 2 membuat supaya berlaku atau dilakukan dgn cepat; melekaskan: Semua pekerja memohon supaya pihak majikan ~ pembayaran gaji mereka bulan ini. mempercepat menjadikan lebih cepat; memperderas; memperlaju: Beliau ~ langkahnya kerana langit kelihatan mendung. cepatan ist kadar perubahan laju gerakan sesuatu dlm unit masa tertentu. kecepatan cepatnya (sesuatu gerakan); keadaan cepat; kelajuan: Kereta itu berjalan dgn ~ 96 km sejam. pencepat­an perbuatan atau hal mencepatkan; penderasan. pencepat alat utk mencepatkan sesuatu (gerakan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cepat

Puisi
 

Anak itikbawah rumah,
     Main budak cepat berlari;
Oi,
     encik orang di rumah,
Terima tidak kami ke sini.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Cepat kaki ringan tangan.

Bermaksud :

Rajin dan giat.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
bauran yang terdapat di kawasan atas ribut petir yang aktif. (METEO) air embolism (embolisme udara) Kehadiran udara dalam pembuluh darah. Keadaan ini berlaku akibat perubah- an tekanan atmosfera yang terlalu cepat, iaitu apabila seseorang beralih dari tempat bertekanan tinggi ke tempat bertekanan rendah secara tiba-tiba. Con - tohnya, keadaan yang dialami penyelam laut dalam yang muncul pada permu- kaan air secara ovari biasanya wujud sebelum seseorang wanita baligh dan tidak akan meninggalkan sebarang kesan, bekas atau parut. (BIO) atrial fibrillation (fibrilasi atrium) Rentak atrium yang tidak normal, iaitu rentak atrium yang cepat dan tidak tetap. Keadaan ini menjejaskan pengaliran darah dari atrium ke ventrikel. (UBAT) atrial flutter (fluter atrium) Rentak atrium yang tidak normal, iaitu cepat (200 – 300 rentak seminit) tetapi masih

Kembali ke atas