Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.na] | چرنا

Definisi : ark 1. hancur jadi sebati (bercampur, satu); 2. (bkn makanan dlm perut), hadam, hancur jadi cair, larut; mencerna menjadi hancur (luluh); mencernakan 1. menghadamkan, meng­hancurkan (makanan hingga jadi larut atau cair utk diserapkan ke dlm darah): kerja ~ makanan itu tamat di dlm usus kecil; 2. memasukkan atau menyerapkan (ke dlm fikiran, jiwa, hati, dll): Ramli terpegun ~ buah tutur yg dipungutnya sepotong demi sepotong dgn bersusah payah; tercerna 1. sudah dicernakan (dihadamkan, diserapkan, dsb), terhadam; 2. terserap: dgn demikian, adat kebiasaan ~ dlm bentuk tulisan; ketercernaan perihal atau keadaan mudah (dapat, boleh) dicernakan, keterhadaman; pencernaan proses mencernakan (makanan dlm perut), penghadaman: soal ~ makanan dapat diatasi dgn pertolongan ubat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.na] | چرنا

Definisi : 1 hancur menjadi cair (ttg makanan dlm perut); hadam. 2 ki hancur atau luluh dan menjadi sebati. mencerna menjadi hancur: Hati ~ dihimpit rindu. mencernakan 1 menghancurkan makanan dlm perut sehingga menjadi cair dan dpt diserap ke dlm darah; menghadamkan. 2 menjadikan hancur luluh dan bersebati. 3 ki menyerapkan ke dlm ingatan (hati dsb). tercerna sudah dicernakan (diserapkan, dihadamkan). ketercernaan keadaan tercerna. pencernaan 1 proses mencernakan (makanan dlm perut); penghadaman. 2 ki penyerapan ke dlm ingatan (hati dsb). pencerna sesuatu yg mencernakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerna


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
herbivor yang biasanya mempunyai empat dan kadangkala tiga ke- buk pada perutnya. Makanan dicerna secara separa di kebuk pertama, iaitu rumen dan kebuk kedua, iaitu retikulum. Seterusnya, makanan yang separuh cerna itu dimuntahkan semula sedikit demi sedikit ke dalam mulut untuk di - kunyah halus sebelum dimasukkan ke dalam kebuk ketiga, iaitu abomasum dan kebuk keempat, iaitu omasum untuk dicernakan semula. Contoh

Kembali ke atas