Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ba] | چوبا

Definisi : 1. haraplah, hendaklah, silalah, sudilah (sbg mengajak atau menyuruh secara halus): ~ kaufikir sedikit buruk baiknya perbuatan kau itu; ~ marah budak-budak itu; 2. sr kata utk menyatakan marah (kesal dll): ~, apa yg telah kauperbuat! 3. = ~ kalau sekira­nya, seandainya: ~ kalau abangnya ada di situ, tentu saja bergaduh tadi; cuba-cuba hanya menguji-uji saja (utk me­ngetahui dll): percaya dgn tiada ~; mencuba 1. berusaha utk membuat (mem­peroleh, melakukan, dll) sesuatu: Aini memberanikan dirinya dan ~ mengangkat muka serta memandang tepat ke muka lelaki itu; ia akan ~ melawan perasaannya sendiri utk kepentingan kasih dan anak; 2. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (sedap tidak­nya, baik buruknya, dll): kalau hendak tahu lama barunya mesin ini, cubalah hidupkan enjinnya; elok dicubalah rokok orang pekan ini; sebelum dibeli, dicubanya dahulu baju itu; 3. = mencubai menguji sesuatu (ke­bolehan, nasib, kesetiaan, dll): merantau ke negeri orang hendak ~ untungnya; disuruh baginda ~ kuat dgn Badang; mencubakan 1. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (baik buruknya, sesuai tidak­nya, dll), mencuba: silakanlah kita menyabung barang seketimpung kerana ayam beta ini baru hendak dicubakan; 2. menguji (memeriksa) sesuatu dgn menggunakannya: elok kita cubakan pertanyaan itu kepadanya dlm perbincangan itu nanti; cubaan 1. sesuatu yg dialami (dilakukan) utk mencuba (menguji), ujian, dugaan: kejujuran manusia kelihatan sebelum ia ditimpa ~; 2. usaha (utk mencapai sesuatu): pd kurun ke-20 telah ada ~ utk memahami Islam; percubaan 1. usaha utk melakukan (men­jayakan, menghasilkan, mencapai) sesuatu: dlm ~nya menggulingkan kerajaan itu, ia sedar akan kelemahan-kelemahannya; 2. usaha (perbuatan dsb) yg belum pernah dilaku­kan sebelumnya, eksperimen: ~ menanam padi malinja telah mendatangkan hasil yg amat menggalakkan; Ramli Isin juga merupakan pengkritik yg memberi perhatian kpd karya-karya yg bersifat ~; 3. penyelidikan dan usaha utk mengetahui (memastikan, mendapatkan) sesuatu: beberapa ~ sains sudah pun dibuat di bilik makmal yg baru ini; kebun ~; 4. usaha atau perbuatan utk mencuba sesuatu (utk mengetahui atau menentukan kekuatannya, kelemahannya, dll), ujian: ~ bom nuklear di bawah tanah pun tetap membahayakan manusia juga akhirnya; sebelum memegang jawatan itu, ia mesti menempuh ~ selama enam bulan; pencubaan perihal (usaha dsb) mencuba (kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ba] | چوبا

Definisi : 1 kata yg dituturkan utk mengajak atau utk menyuruh secara halus; silalah; haraplah: ~ saudara fikirkan perkara ini dalam-dalam sebelum bertindak. 2 = ~ kata sekiranya; seandainya: ~ tidak ada orang di situ tadi, mati engkau dikerja­kannya. cuba-cuba sbg ujian saja; menguji-uji saja: Hanya ~, barangkali dpt sembuh penyakitnya. bercuba dpt atau sudah dicuba (ttg kekuatan, ketahanan dsb sesuatu). mencuba 1 melakukan sesuatu utk mengetahui keadaannya (spt buruk baiknya dll): Sebelum membelinya, ia telah ~ kereta itu. 2 memakai (baju dll) utk mengetahui sama ada padan atau tidak: ~ baju; ~ sepatu. 3 berusaha utk mencapai sesuatu maksud dll: Mereka ~ melarikan diri tetapi gagal. 4 mengecap sesuatu utk mengetahui rasanya; merasa: Aku disuruh ~ masakannya. 5 menguji (kepandaian dll): Pihak majikan telah lebih dahulu ~ tiap-tiap pemohon sebelum diterima bekerja. mencubakan menggunakan sesuatu utk menguji: Ubat ini sudah dicubakan kpd beribu-ribu orang. cubaan sesuatu yg dilakukan (dialami) utk mecuba; ujian; dugaan: Sabarlah menerima ~ Tuhan. percubaan 1 usaha utk mencuba atau menguji sesuatu: ~ menanam padi Malinja sangat berjaya. Pelajar-pelajar telah mengadakan ~ sains di bilik makmal. 2 belum ditetapkan lagi (ttg seseorang pekerja dlm jawatannya) kerana belum lulus peperiksaan dsb: Si anu itu sudah tiga tahun bekerja, tetapi masih dlm ~. pencubaan perbuatan (hal, cara dll) mencuba atau mencuba­kan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuba

Puisi
 

Cuba-cuba menanam sirih,
     Takut nak ada tumbuh sulurnya;
Cuba-cuba merebut kasih,
     Takut nak ada unjuk hulurnya.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Gamak-gamak seperti menyambal.

Bermaksud :

Hanya dengan cuba-cuba atau kira-kira saja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
mempunyai peluang yang sama untuk menjadi le- bih besar atau lebih kecil dari R. Nilai R ialah 0.6745 kali ralat piawai. (HID) problem analysis (analisis masalah) Kajian masalah yang cuba diselesaikan oleh sistem sebagai langkah pertama dalam kitar pembangunan sistem. (KOM) process design (reka bentuk proses) Kaedah reka bentuk yang digunakan untuk peralatan serta kemudahan yang diperlukan untuk menjalankan sesuatu dilakukan untuk memudahkan analisis kerana hanya jumlah bilangan subkum - pulan yang kecil perlu digabungkan untuk membentuk satu sistem molekul yang besar. (KEJ) unified field theory (teori medan bersatu) Teori yang cuba menyatukan teori elektromagnet Maxwell dengan teori ke- relatifan am. (FIZ) unifilar winding (belitan seulir) Belitan yang hanya menggunakan seutas pengalir untuk membentuk gegelung. (KEJ) uniform speed (laju seragam) Laju yang

Kembali ke atas