Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.cur] | چوچور

Definisi : aliran (pancaran) ke bawah (air dll): tanah yg dibelinya dgn harta ~ peluhnya sendiri; bercucuran mengalir ke bawah, memancur ke bawah, berpancaran ke bawah: seraya ia menangis ~ air matanya bagai manik diurai; mencucuri 1. menuang air dsb pd, menyi­rami, menjirus: dia ~ kakinya yg berlumpur dgn air; 2. melimpahkan rahmat dsb ke atas atau pd seseorang: Tuhan ~ makhluk-Nya dgn rahmat; semoga Allah ~ kita dgn rahmat dan hidayah-Nya; mencucurkan 1. mengalirkan turun, me­mancarkan, memancurkan; ~ air mata me­nangis; 2. memberikan (mengurniakan dsb) banyak-banyak, melimpahkan: semoga Allah sentiasa ~ rahmat-Nya ke atas roh kedua-dua orang tua kami yg sangat dikasihi; cucuran aliran ke bawah, pancaran, pan­curan; ~ atap hujung atap tempat air hujan jatuh; ~ harta pembahagian harta kpd waris (kewarisan harta). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.cur] | چوچور

Definisi : Kl, Tr; mencucurkan memulangkan wang (baki drpd membeli barang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.cur] | چوچور

Definisi : kuih drpd tepung dan bahan-bahan lain yg digoreng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.cur] | چوچور

Definisi : aliran atau pancaran ke bawah (ttg air dll). ~ atap hujung atap tempat air hujan jatuh. bercucuran mengalir ke bawah; berpancaran ke bawah: Seraya ia menangis, air matanya ~ bagai manik terurai. mencucuri 1 menuang (air dsb) pd atau di; mencurahi; menyi­rami; menjirus: ~ kubur dgn air mawar. 2 bercucuran di: Minyak itu tumpah ~ seluruh lantai. 3 ki mengurniai atau melimpahi: Moga-moga Tuhan ~ roh dgn rahmat. mencucurkan 1 mengalirkan sesuatu ke bawah; memancurkan: ~ air mata menangis; ~ peluh bekerja keras. 2 ki mengurniakan; melimpahkan (rahmat dll): Semoga Tuhan ~ rahmat ke atas rohnya. cucuran, = ~ atap cucur atap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[cu.cur] | چوچور

Definisi : kuih yg dibuat drpd tepung dan bahan-bahan lain dan digoreng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cucur

Puisi
 

Nak rebut rebutlah selasih,
     Jangan direbut di cucur atap;
Nak rebut rebutlah kasih,
     Jangan direbut dalam dakap.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
selalunya merupakan jalur timuran, iaitu arus atau pola angin dari timur yang agak lebar dan berterusan. Contohnya, angin timuran khatulistiwa, angin timuran tropika dan angin ti- muran kutub. (METEO) eave (cucur atap) Bahagian yang berkedudukan mengufuk pada kaki bumbung yang bercerun. (KEJ) ebb channel (alur surutan) Alur di kawasan muara sungai atau daratan pasang surut yang dilalui keba- nyakan aliran arus ais separuh penuh dan diletakkan ber- hampiran dengan sesuatu organ atau pada badan, yang bertujuan untuk menye- jukkan bahagian tersebut. (UBAT) ice dam (empangan ais) Empangan yang terbentuk di sepanjang cucur atap yang terjadi disebabkan oleh pembekuan air yang mengalir dari bahagian atas permukaan bumbung. (KEJ) ice laying (umur ais) Tempoh masa dari pembekuan hingga ke pemecahan ais. (HID) Kamus Sains

Kembali ke atas