Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.hu.lu] | دهولو

Definisi : 1. yg telah lepas (berlalu), yg telah lam­pau, yg lalu: beberapa hari ~; tiga tahun ~; zaman ~ (pd) zaman atau jangka masa yg sudah lama berlalu; 2. pd masa (waktu) yg telah lalu (lepas), sebelum ini, sebelumnya: ~ dia berkhidmat dgn kerajaan tetapi sekarang dia bekerja di sebuah bank; ~ masih kecil, sekarang sudah besar panjang; 3. pertama sekali atau sebelum melakukan (meneruskan) sesuatu, sementara menunggukan sesuatu atau sesuatu ketika: kita kemaskan barang-barang ini ~, kemudian baru kita pergi; berehatlah ~, sekejap lagi dia pulang; 4. lebih awal (drpd sesuatu), sebelum; ~ drpd itu sebelum itu; kelmarin ~ hari sebelum kelmarin, dua hari yg lalu; 5. (yg) paling depan, di hadapan sekali: dia berjalan ~, kami semua mengikut di belakang; 6. paling awal, pertama sekali (lebih awal drpd yg lain): dia yg sampai ~, dan seminit kemudian baru pelumba yg kedua pula sampai; berdahuluan, berdahulu-dahuluan, da­hulu-­mendahului berkejar atau ber­lumba hendak sampai (dapat dll) dahulu: kedua-dua budak itu ~ ke ribanya;mendahului 1. membuat (melakukan dsb) lebih awal atau dahulu drpd (lawan, saingan, dsb): Rusia telah ~ Amerika melancarkan roket ke bulan; 2. melakukan (sesuatu) lebih awal drpd segala sesuatu yg lain, memulai: ~ ucapan dgn mengalu-alukan kedatangan tetamu khas;mendahulukan 1. membuat sesuatu lebih awal drpd yg lain: perintah Allah harus di­dahulukan drpd kerja sendiri; 2. mem­berikan keutamaan (layanan terawal dsb) kpd: orang-orang muda hendaklah ~ orang-orang tua; terdahulu 1. yg lebih dahulu atau lebih awal, yg mula-mula, yg sudah ada (bergiat dsb) sebelum golongan dsb yg sekarang ini: sete­ngah-setengah penulis sekarang merendah-rendahkan karya penulis yg ~; 2. sebelum (yg lain), lebih awal drpd yg lain: siapa yg datang ~ mendapat tempat di hadapan;kedahuluan 1. perihal terdahulu; 2. Jk di­dahului, terlambat, terlewat;keterdahuluan perihal terdahulu: ~ Allah atas alam; pendahuluan 1. permulaan; kata ~ kete­rangan ringkas tentang tema atau isi buku pd permulaan buku oleh pengarangnya; 2. = bayaran ~ bayaran (yg merupakan sebahagian drpd harga sesuatu) yg dibuat terlebih dahulu (sebelum selesainya urusan jual beli), bayaran muka;pendahulu 1. orang dll yg mendahului; 2. yg terdahulu: yg memperbezakan sistem antarabangsa sezaman drpd sistem-sistem ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.hu.lu] | دهولو

Definisi : 1 masa yg telah lalu: ~, orang tidak menggunakan elektrik. 2 mula-mula dilakukan atau dibuat: Berfikirlah ~ sebelum menjawab. 3 di hadapan: Abangnya berjalan ~, kemudian adiknya. mendahului 1 mencapai sesuatu matlamat lebih awal: Dlm perlumbaan itu, Ahmad telah ~ Ibrahim. 2 berada di hadapan: Ketika berjalan-jalan di pesta itu, Ana ~ kedua-dua ibu bapanya. mendahulukan 1 membuat sesuatu lebih awal drpd yg lain: Ia ~ kerja-kerja pejabat drpd kerja-kerja rumah. 2 memberi keutamaan kpd: Mereka telah ~ orang-orang susah dlm menyampaikan derma itu. terdahulu lebih awal: Dia pergi ke sekolah ~ drpd saya. pendahuluan permulaan: bayaran ~ bayaran yg awal sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dahulu

Puisi
 

Dari dahulu cermin cina,
     Sampai sekarang patah kakinya;
Dari dahulu tuan punya,
     Sampai sekarang lain gantinya.


Lihat selanjutnya...(109)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dan dirembeskan oleh hati dan pundi yolka. Gen yang mengekodkan protein ini dan albumin serum muncul dalam evolusi sebagai hasil duplikasi satu gen leluhur sejak (3 – 5) × 10 8 tahun dahulu. (BIO) alpha galactosidase (alfa galaktosidase) Enzim yang memangkinkan hidrolisis substrat yang mengandungi residu α- galaktosidase, termasuk glikosfingolipid dan glikoprotein. Pada manusia, α- galaktosidase wujud dalam dua bentuk, iaitu A dan ang- gota biramos yang tinggal pada krustasea. (BIO) endorheic (endorheik) Penyaliran ke lembangan pedalaman. (HID) endosaprophytism (endosaprofitisme) Cara pemakanan, seperti cara pemakanan liken, yang melaluinya beberapa sel alga dibunuh terlebih dahulu dan kemudian makanan daripada sel-sel alga yang mati diserap secara saprofit. (BIO) endosclerotium (endosklerotium) Sklerotium yang terbentuk secara endogen daripada hifa empulur. (BIO) endoskeleton (endorangka) Rangka dalam. Sinonim neuroskeleton

Kembali ke atas