Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dar.jah] | درجه

Definisi : 1. tingkatan atau peringkat pelajaran di sekolah rendah: adik saya bersekolah baru dlm ~ tiga; 2. paras (utk menunjukkan tinggi rendahnya sesuatu keadaan, pencapaian dll), peringkat, tingkatan, taraf: pembangunan ekonomi utk meninggikan ~ kehidupan rakyat; ~ mutu yg dicapai; 3. satuan atau unit ukuran (sudut, suhu) yg dilambangkan dgn tanda ° selepas angka: satu sudut tepat mempunyai 90 ~ (90°); air membeku pd suhu 0 ~ Centigrade (0°C) atau 32 ~ Fah­renheit (32°F); 4. ark darjat (taraf kedudukan dlm masyarakat); berdarjah 1. berkelulusan (darjah tertentu), sudah mencapai peringkat pelajaran (di sesuatu darjah tertentu): jawatan tersebut memerlukan orang yg ~ sembilan; 2. ark = berdarjah-darjah berdarjat(-darjat), ber­taraf(-taraf), bertingkat(-tingkat): orang-orang Melayu masih ~ kedudukan mereka dlm masyarakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dar.jah] | درجه

Definisi : 1 peringkat (tingkat) di sekolah: Dia baru di ~ dua tahun ini. 2 satuan ukuran suhu (sudut dll): Air akan beku jika suhunya jatuh pd 0 ~ Celsius (32 ~ Fahrenheit). Satu sudut tepat ialah 90 ~. 3 peringkat (taraf) yg menunjukkan paras sesuatu keadaan, pencapaian dll; tingkatan: Dia berusaha utk meninggikan ~ pencapaiannya dlm pelajaran. berdarjah belajar dlm darjah tertentu; berkelulusan darjah tertentu: Mereka memerlukan orang yg ~ sembilan utk memenuhi jawatan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darjah


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
enamel dan berfungsi merembeskan bahan enamel. Sinonim enamel cell, ada- mantoblast, ganoblast. (BIO) amenorrhea (amenorea) Ketiadaan haid atau berhentinya haid secara abnormal. (UBAT) amentia (amentia) Rencat akal sejak lahir yang darjah keterukannya berbeza-beza antara seorang individu dengan individu lain. Keadaan ini boleh mengakibatkan gangguan akal yang berjulat daripada kekeliruan pemikiran sehingga hampir pengsan atau tidak sedar. (UBAT) American Standard Code Glikoprotein dalam putih telur yang dapat membentuk kompleks dengan an- tiavidin (biotin) dalam salur penghadaman dan menyahaktifkannya. Bahan ini dapat digunakan sebagai molekul isyarat dalam pelabelan keafinan. (BIO) avirulent (avirulen) Darjah keupayaan patogen yang tidak mampu menyebabkan penyakit. (BIO) Avogadro constant (pemalar Avogadro) Lihat Loschmidt number. (FIZ) axial element (unsur aksial) Sel kayu yang tersusun menegak kecuali sel ruji. (HUT) axial

Kembali ke atas