Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.tar] | داتر

Definisi : (sama) rata (bkn tanah, permukaan, nada, dll), tidak tinggi rendah; tanah ~ tanah rata (tidak berbukit-bukit); ~ bak lantai papan, licin bak dinding cermin prb keputusan yg adil; sedatar 1. sama rata: garisan-garisan lurus ~ yg selari dgn satu garisan yg sama adalah selari sama sendiri; 2. tidak mendalam (bkn pengetahuan dsb); ~ saja lurah dgn bukit prb tidak membezakan antara kaya dgn miskin; mendatar 1. (seakan-akan) rata: padang yg ~; 2. selari dgn permukaan bumi, melintang (tidak menegak atau lurus ke atas): garis ~; 3. bergerak dr satu tangga gaji ke satu tangga yg lebih tinggi dlm peringkat yg sama dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji ka­kitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia): ada empat kaedah pergerakan gaji bagi seseorang anggota, iaitu secara me­lintang, menegak, ~ atau statik; mendatarkan menjadikan datar, merata­kan: kawasan itu didatarkan dahulu sebelum didirikan rumah; dataran 1. kawasan (tempat, tanah) yg datar: ~ tinggi Tibet; 2. ark padang, lapangan; kedataran keadaan (sifat dsb) datar, kerata­an; pendataran perihal atau perbuatan menda­tar­­kan (meratakan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.tar] | داتر

Definisi : rata (bkn tanah, nada, sesuatu permukaan dll); tidak turun naik; tidak tinggi rendah: tanah ~ tanah yg rata (tidak berbukit-bukit). mendatar 1 bersifat datar (tidak turun naik); dlm keadaan datar; merata: Lebih mudah membajak di kawasan yg ~ drpd di kawasan yg berbukit-bukit. 2 selari dgn permukaan bumi; lw tegak: Lukis dua garisan ~ sepanjang 12 cm. mendatarkan menjadikan datar; meratakan: Ia ~ tapak rumahnya. dataran kawasan atau tanah yg datar: ~ tinggi Tibet. ~ hakis ist kawasan yg telah dihakis sehingga hampir-hampir menjadi dataran (dgn bukit-bukit rendah menandakan tapak bekas gunung). pendataran perihal atau perbuatan mendatarkan: ~ padang itu dibuat dgn traktor. sedatar sama rata: Kebanyakan sawah padi di kampung ini ~ saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datar

Peribahasa

Tergolek di nan datar.

Bermaksud :

Mendapat bahaya yang tidak pada tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
antisiklon dapat dikesan daripada sistem isobar tertutup yang umum- nya berbentuk bulat atau bujur dan mengelilingi pusat tekanan tinggi. Struktur dinamik antisiklon ialah pumpunan mendatar di aras tinggi, pencapahan men - datar di aras rendah dan penurunan udara secara perlahan di sebahagian besar troposfera. (HID, METEO) anticyclonic shear (ricihan antisiklon) Ricihan angin mendatar yang dapat menyumbangkan kepada kevortisan yang berantisiklon aliran. Keadaan digunakan bagi mengimbangi berat rod semasa pam berada dalam keadaan lejang ke bawah. (KEJ) counter-gradient wind (angin lawan gradien) Komponen angin yang arahnya berlawanan dengan arah gradien tekanan men- datar. (METEO) counting number (nombor pembilang) Nombor yang digunakan untuk membilang, iaitu 0, 1, 2, 3, 4, .... Dalam kon - teks tertentu, sifar tidak dipertimbangkan. (MAT) coupon (kupon/kupon kakisan) Jalur logam

Kembali ke atas