Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ras] | درس

Definisi : 1. cepat (laju) sekali (aliran air, sesuatu gerakan, dsb): arus sungai itu sangat ~; 2. lekas (perbuatan), cepat: katalah ~, saya nak tahu; tolong ambilkan aku songkok ~ sedikit; 3. lebat (hujan): hujan semakin ~ turun; 4. Kd kuat (bunyi, suara): “Mengapa sampai berkata begitu ...?” sergah Masri agak ~ drpd biasa; ~ datang dalam kena prb membuat sesuatu dgn tergesa-gesa akan mendatangkan ke­rugian; ~ spt anak panah terlalu cepat; sederas 1. sama deras (laju, cepat), selaju, secepat: dia berjalan tidak ~ kawannya; 2. dgn kelajuan atau kecepatan (tertentu me­ngikut masa), selaju: dia memandu keretanya ~ 80 kilometer sejam; menderas 1. bergerak (mengalir, berjalan, dsb) dgn deras: Ros mengesat-ngesat air matanya yg keluar ~; 2. turun dgn derasnya (lebatnya): hujan ~ dan guruh sahut-menyahut; menderaskan, memperderas 1. membuat supaya deras bergerak (mengalir, berjalan, dsb), mempercepat: senaman boleh ~ denyutan jantung; kerja yg elok diperderas, kerja yg buruk diperlambat; 2. memperkuat (bunyi, suara, dsb); kederasan 1. perihal deras, kelajuan, ke­cepatan: oleh sebab ~ Tun Hamzah me­nga­muk, lalu pecahlah perang orang-orang Pasai itu; 2. kadar pergerakan (dlm sesuatu jangka waktu), kelajuan, kecepatan: lori itu dipandunya dgn ~ 60 kilometer sejam; penderasan 1. perbuatan menderaskan (me­lajukan, mencepatkan), pencepatan, pe­la­juan; 2. perbuatan menderaskan (bunyi, suara, dsb), penguatan; 3. ark bahagian yg deras arusnya (sungai); penderas 1. alat (perkakas) utk menderaskan (mencepatkan gerakan dll), pencepat, pelaju; 2. lekas hilang pertimbangan, keburu nafsu, terburu-buru: engkau memang ~, jika hatimu tersinggung, lupalah engkau membezakan antara yg benar dgn yg salah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ras] | درس

Definisi : ; menderas 1. mengulang membaca Quran (utk memahirkan pembacaan); 2. mengulang kaji (pelajaran): tiap-tiap hari selepas sekolah, dia ~ segala apa yg di­pelajarinya di sekolah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ras] | درس

Definisi : bunyi spt bunyi orang memijak sampah atau pasir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ras] | درس

Definisi : 1 cepat atau laju sekali (bkn aliran air, sesuatu gerakan dll); lekas: Bukan main ~ dia berlari dlm perlumbaan itu. Air sungai itu mengalir begitu ~. 2 lebat (bkn hujan): ~ sungguh hujan petang semalam. menderas bergerak (berjalan, mengalir) dgn derasnya. menderaskan membuat supaya deras (mengalir, berjalan, bergerak dll); mencepatkan; melajukan: Dia ~ perjalanan air dgn membuang sampah sarap yg ada di dlm tali air itu. memperderas membuat supaya lebih deras (mengalir, berjalan, bergerak dll); menjadikan lebih deras; mempercepat; memperlaju: Dia ~ keretanya kerana dia telah terlambat. kederasan 1 keadaan deras; kelajuan; kecepatan: ~ air sungai itu menyebabkan sampan yg dinaiki mereka terbalik. 2 kadar pergerakan (dlm sesuatu jangka waktu); kelajuan; kecepatan: Ali dpt membaca 4 halaman dlm masa 10 minit, berapa lamakah ia dpt membaca 50 halaman dgn ~ yg sama? penderasan perbuatan atau hal menderaskan; pencepatan; pelajuan. penderas alat (perkakas) utk mencepatkan gerakan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata deras

Puisi
 

Air pasang deras ke hulu,
     Bila tenang dimandi budak;
Kami datang pulang dahulu,
     Bila senang mari pulak.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Deras datang dalam kena.

Bermaksud :

Pekerjaan yang terburu-buru itu kelak akan mendatangkan kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
kira pada 22 Disember), dan mengalami malam selama 24 jam pada hari solstis musim sejuk (kira-kira pada 21 Jun). (METEO) antarctic circumpolar current (arus lingkar kutub antartik) Arus lautan deras yang membawa isi padu air yang besar (kira-kira 110 × 10 6 m 3 /saat), yang mengalir dari Barat ke Timur melalui lautan di sekitar benua Antartik. Lautan arus ini butyrophenone (butirofenon) Kelas drug yang bertindak dengan cara menghalang pembebasan dopamin. Bahan ini digunakan sebagai antipsikotik dan antiemetik. Contohnya, halo- peridol. (FAR, KIM) buzzer (buzzer) Peranti elektromagnet yang angkernya bergetar deras dan mengeluarkan bunyi desing. (FIZ) BV (BV) Singkatan bagi biological value. Lihat biological value. (TEKMA) bypass channel (alur pintas) Alur yang dibina untuk melencongkan aliran banjir dari satu tempat di

Kembali ke atas