Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.ngéng] | دوڠيڠ

Definisi : (dongéng) 1. = cerita ~ cerita kha­yalan (yg diada-adakan kejadiannya): ~ Pak Kaduk, si Luncai, dan Pak Belalang sangat-sangat digemari oleh kanak-kanak; ~ dewata dongeng mengenai dewa-dewa; ~ ibarat dongeng yg mengandungi ibarat; 2. ki sesuatu (spt berita, cakap-cakap, dll) yg tidak benar: apa yg diceritakannya itu hanyalah ~ semata-mata; berdongeng ki bercakap tentang sesuatu yg tidak benar: saya bukan hendak ~ apabila menceritakan hal itu; mendongeng 1. membuat (menyampaikan) cerita dongeng: ibu selalu ~ pd waktu kami hendak tidur; 2. ki bercerita atau meminta yg bukan-bukan: ibunya hari-hari ~, me­ngecek, dan memujuk dia supaya ber­kahwin; mendongengkan ki menyampaikan (men­ceritakan) kisah yg bukan-bukan: bermacam-macam kisah yg didongengkannya apabila ia pulang dr luar negeri; kedongengan unsur-unsur yg berkaitan dgn kisah khayalan: kadar ~ lebih tinggi dlm filem tersebut; dongengan cerita (yg karut, bohong, dll): kekayaan negeri itu nyatalah hanya ~ semata-mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.ngéng] | دوڠيڠ

Definisi : /dongéng/ 1 cerita rekaan yg mengkhayalkan: ~ Bawang Putih Bawang Merah, ~ Pak Kaduk dll sangat disukai oleh kanak-kanak. 2 tidak benar (bkn berita, khabar dll); (yg) diada-adakan saja: Berita itu adalah ~ dan karut belaka. mendongeng bercerita ttg (kisah) dongeng; membuat dongeng: Ibu itu rajin ~ kpd anak-anaknya. mendongengkan menyampaikan atau menceritakan dongeng: Sesetengah orang tua selalu ~ kisah-kisah lama kpd cucu-cucu mereka. dongengan cerita yg karut, yg mengkhayalkan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dongeng


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
bahagian berbentuk seperti takal. Contohnya, cuaran bahagian dalam humerus yang membentuk persendian dengan ulna. (UBAT) Trojan horse (kuda Troy) Atur cara komputer yang berfungsi sebagai umpan seperti kuda Troy dalam dongeng Yunani. Atur cara ini kononnya berfaedah tetapi sebenarnya me- ngandungi suruhan yang diletakkan oleh pencipta atur cara untuk menceroboh keselamatan sistem komputer apabila atur cara digunakan. (KOM) trolands (trolands) Unit

Kembali ke atas