Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.dar] | ايدر

Definisi : (édar); beredar, mengedar ark 1. bergerak berkeliling hingga sampai ke tempat asal (permulaan), berlegar: bumi kita ini ~ mengikut garis perjalanannya yg tertentu; bintang ~ bintang siarah, planet; 2. berpindah-pindah dr tangan ke tangan: surat pekeliling (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.dar] | ايدر

Definisi : /édar/; beredar 1 berjalan (bergerak, berlegar) berkeliling hingga sampai ke tempat permulaan: Bumi ini ~ mengelilingi matahari. 2 berpindah-pindah drpd seorang kpd seorang yg lain (dr setempat ke setempat); berputar: Surat siaran itu sudah ~ beberapa hari yg lalu. 3 berpindah tempat: Apabila jamuan selesai, para hadirin pun ~ pulang. 4 berlalu (bkn masa): Hari terus ~. mengedari 1 (berjalan, bergerak) mengelilingi; melegari: Bumi ~ matahari. 2 berjalan-jalan di sekitar: Malam itu dia telah membawa saya ~ bandar raya Kuala Lumpur dgn keretanya. 3 mengembara mengelilingi; menjelajahi: Pemuda itu ~ dunia dgn basikal. mengedarkan 1 menyampaikan surat dll drpd seorang kpd seorang yg lain; membawa berkeliling (ke mana-mana): Pelayan kapal terbang ~ gula-gula kpd penumpang-penumpang. 2 mengeluarkan sesuatu utk dipakai oleh orang ramai (bkn wang): Tidak lama lagi, kerajaan akan ~ wang kertas baru ke seluruh negara. edaran 1 perubahan yg berulang-ulang atau yg akan kembali kpd keadaan asalnya; pusingan yg silih berganti. 2 sesuatu yg diedarkan: surat ~. ~ air pusingan air dr lautan ke daratan melalui atmosfera dan kembali ke lautan. ~ darah aliran darah melalui jantung ke seluruh badan. ~ hujan pusingan air menjadi wap, wap menjadi awan, dan awan menjadi hujan (air). peredaran 1 hal atau keadaan beredar; pergerakan (perjalanan) berkeliling: ~ bumi. 2 perubahan drpd satu keadaan kpd satu keadaan lain; peralihan dr satu tempat ke satu tempat lain. 3 perpindahan (wang) dr tangan ke tangan. 4 perubahan atau perkembangan masa: ~ zaman. pengedaran perbuatan atau hal mengedarkan: Orang-orang yg terlibat dlm ~ dadah itu telah ditangkap. pengedar 1 alat utk menyampaikan arus elektrik ke palam nyalaan pd silinder. 2 orang yg mengedarkan sesuatu: ~ buku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata edar


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
beza yang biasanya membolehkan se- seorang mengira sebutan ke-( n + 1) jika sebutan ke-n, ke-(n – 1) dan beberapa sebutan lain diketahui. Sinonim recurrence formula. (MAT) recycle ratio (nisbah edar semula) Nisbah kuantiti pemulangan semula hasil keluaran kepada suapan masuk ke sistem terhadap kuantiti suapan yang baru dalam proses kimia berterusan. (KEJ) red phosphorus (fosforus merah) Alotrop fosforus yang berbentuk 18 AM 873 Daftar Istilah Sains dan Teknologi Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris nisbah bahan api fuel ratio nisbah bidang aspect ratio nisbah bukaan aperture ratio nisbah cabangan bifurcation ratio nisbah edar semula recycle ratio nisbah GC GC ratio nisbah impedans akustik acoustic impedance ratio nisbah kawasan serakan scattering area ratio nisbah keadaan condition ratio nisbah keaktifan activity ratio nisbah kelangsingan slenderness

Kembali ke atas