Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ha.ru] | ݢهارو

Definisi : kayu yg harum (berasal drpd pokok tengkaras, Aquilaria malaccensis);~ badak sj tumbuhan (pokok renek), gembadak, sepucat, Phyllochlamys wallichii; ~ dibakar kemenyan berbau prb orang yg menunjukkan kelebihannya supaya dipercayai orang; spt buku ~ prb memperlihatkan kecekapan apabila tiba masanya; sudah ~ cendana pula (sudah tahu bertanya pula) prb orang yg berlagak tidak tahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ha.ru] | ݢهارو

Definisi : , = kayu ~ kayu yg harum baunya yg biasanya diperoleh dr pokok tengkaras, Aquilaria malaccensis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaharu

Puisi
 

Sungguh harum bau gaharu,
     Tidak samalah dengan cendana;
Sungguh banyak orang yang baru,
     Tidaklah sama orang yang lama.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Sukakan gaharu kerana baunya,
     sukakan guru kerana ilmunya.

Bermaksud :

Sukakan kepada sesuatu itu kerana faedah yang dapat diperoleh daripadanya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
tetapi tidak tahan dan mudah diserang kulat pewarna gubal. Kadangkala kayu ini menghasilkan kayu berpenyakit yang mengandungi damar dan mengeluarkan bau harum. Kayu karas yang berpenyakit ini juga disebut kayu gaharu. Gaharu biasanya berwarna coklat tua atau hitam, lebih berat dan lebih keras daripada kayu sihat dan digunakan sebagai kayu bau-bauan atau untuk perubatan tra - disional. Kayu karas sihat sesuai digunakan

Kembali ke atas