Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.rang] | ݢارڠ

Definisi : 1. suka atau lekas menyerang dsb (apabila marah dsb), bengis, galak: anjing itu cukup ~; guru yg ~ menakutkan murid; 2. Mn suka, gemar; ~ makan kuat makan; 3. kencang (bkn angin dll), hebat: angin bukit tiba-tiba bertiup ~; 4. terang dan bercahaya (bkn warna), sangat cerah: kalau dulu orang gemar cara mekap yg natural, dlm tahun 1983 penggunaan warna yg ~ muncul pula;menggarang 1. menjadi garang (bkn anjing dll), membuas, mengganas, menggalak; 2. = menggarangkan memberanikan, mengganaskan; menggarangkan 1. menjadikan garang, memberanikan, mengganaskan, menggalakkan; 2. menjadikan (kelihatan) terang dan bercahaya, menjadikan (warna) sangat cerah: warna-warna tersebut saling bersatu hingga dapat melembutkan atau ~ warna-warna yg bersebelahan;kegarangan perihal garang: lambang api jelas membawa suasana ~ dan kegigihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.rang] | ݢارڠ

Definisi : Jw; menggarang memanggang, memanaskan (mengeringkan di atas api): ~ tembakau;garangan; tembakau ~ tembakau yg dikeringkan dgn diganggang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.rang] | ݢارڠ

Definisi : ; garangan Mn ®gerangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.rang] | ݢارڠ

Definisi : 1 suka menyerang serta dgn buasnya: Di rumahnya, ada seekor anjing yg sangat ~. 2 suka marah-marah dgn bengisnya: Emak Si Ali itu sangat ~ orangnya. 3 terang serta bercahaya (ttg warna): Bunga-bunga yg ~ warnanya ini menarik perhatian burung yg berterbangan di angkasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata garang

Puisi
 

Ketok-ketok harimau garang,
     Keling pandai cakap Jawa;
Harimau batuk buaya mengerang,
     Kucing di rumah sakit kepala.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Rupa harimau hati tikus.

Bermaksud :

Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi pengecut.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
bermutu tinggi dan venir hiasan. (HUT) jenjulung (jenjulung) Nama biasa bagi kayu Agrostistachys spp. daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung Malaysia ialah julung-julung dan di Sabah ialah kayu garang. Spesies utamanya termasuk Agrostistachys gandichaudii dan A. longifolia. Gubal kayu jenjulung sukar dibezakan daripada teras kayu- nya dan biasanya berwarna coklat kemerah-merahan. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira

Kembali ke atas