Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lo.ra] | ݢلورا

Definisi : 1. ombak yg melambung hebat, air laut yg bergelora dgn hebat, banjir besar; 2. = musim ~ musim hujan dan badai, musim air bah; 3. perasaan yg bergolak (tidak tenang); ~ hati perasaan hati yg bergolak-golak; bergelora, menggelora 1. bergelombang besar, mengombak; 2. sangat gelisah (perasaan), berkobar-kobar (semangat): semangat kebangsaan telah ~; menggelorakan membangkitkan, mengobarkan (semangat dll), menaikkan perasaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lo.ra] | ݢلورا

Definisi : 1 kocakan air laut yg sangat hebat; gerakan gelombang yg besar serta dgn kencangnya. 2 = musim ~ musim hujan dan angin ribut yg kencang; musim hujan lebat serta banjir: Dlm musim ~, mereka tidak berani turun ke laut. 3 ki perasaan yg tidak tenang; perasaan yg sentiasa bergolak. bergelora 1 berkocak dgn hebatnya (ttg air laut); bergelombang besar: Dr Melbourne, kapal itu telah belayar ke New Zealand, dan kemudian membelok ke selatan menempuh laut yg ~. 2 ki berasa sangat gelisah; bergolak dgn hebat (ttg perasaan); berkobar-kobar (ttg semangat). menggelorakan menyebabkan perasaan menjadi bergelora; mengobarkan semangat dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelora


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
arus elektrik yang operasinya bergantung pada pengembangan dawai yang disebabkan pengaliran arus elektrik melalui dawai tersebut. (FIZ) hot-wire anemometer (anemometer dawai panas) Alat yang digunakan untuk mengukur halaju aliran gelora. Alat ini terdiri dari- pada satu dawai halus yang dipanaskan pada suhu yang lebih tinggi daripada suhu pengaliran bendalir dan dipasangkan bersudut tepat dengan arah peng- aliran. Perubahan halaju bendalir komponen tak berkutub) dan komponen pemalar keseimbangan pendimeran (komponen berkutub). (KEJ) laminar (berlamina) 1. Perihal sesuatu yang tersusun dalam beberapa lapisan tipis. 2. Berkaitan dengan aliran garis strim likat tanpa gelora. (FIZ) laminar flow (aliran berlamina) Aliran bendalir yang unsurnya bergerak secara berketentuan dalam lapisan- lapisan mengikut sesuatu garis strim yang jelas dan dapat disurih. Pada nom- bor Reynolds yang cukup

Kembali ke atas