Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.lung] | ݢولوڠ

Definisi : 1. benda yg berlembar-lembar atau berutas-utas yg dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat torak, bentuk bulat panjang drpd benda berlembar-lembar atau berutas-utas yg dilipat: belat se~; dawai lima ~; ~ kain itu tidak betul diikat; 2. ark gulung-gulung kayu yg melintang di antara kasau jantan dan kasau betina; ~ tikar ki bankrap (bkn perusahaan, perniagaan, dsb); gulung-gemulung = bergulung-gulung; bergulung 1. berada dlm gulung (spt kain, layar, dll): tatal ~ spt subang; 2. bergerak spt berguling (ombak, asap, dll); 3. melengkung ke atas atau ke bawah pd hujung atau tepi daun dll; bergulung-gulung 1. banyak gulung: membeli tikar ~; 2. bergerak spt berguling-guling: gelombang air datang ~; asap api ~; menggulung 1. melipat benda yg berlembar atau berutas sehingga berbentuk panjang bulat: tatal itu digulungnya spt subang; ~ rokok daun; 2. melilitkan (benang, tali, dll) pd gelendong: ~ benang; 3. ki menghambat, mengejar musuh, mengalahkan: dia telah dapat ~ lawannya; 4. mengakhiri, menyudahi, menutup (ucapan, perdebatan, dsb dgn mengemukakan atau menonjolkan aspek-aspek yg penting): dia berkata demikian sewaktu ~ ucapan mengenai anggaran belanjawan kementeriannya; ~ lengan baju ki bersiap utk bekerja; ~ tikar ki bersurai, bubar; tergulung sudah digulung; gulungan lipatan berbentuk bulat torak: ~ belat; penggulungan perihal (perbuatan dsb) menggulung (perdebatan dsb): ~ hujah dlm kes yg berat memerlukan perbandingan kes dan undang-undang; penggulung alat dll utk menggulung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.lung] | ݢولوڠ

Definisi : sesuatu yg dijadikan berbentuk bulat torak dgn melingkarkannya; bentuk bulat torak drpd benda-benda berhelai atau berlembar yg dilingkarkan: Dua ~ tikar berharga RM25/-. bergulung 1 telah menjadi gulung; sudah dibuat gulung: Lengan bajunya ~ hingga ke siku. 2 bergerak seolah-olah bergolek (ttg ombak). bergulung-gulung 1 beberapa (banyak) gulung: Dibelinya tikar dan hamparan ~. 2 bergerak seolah-olah bergolek berulang-ulang (ttg ombak); bergulung berturut-turut: Ombak datang ~. menggulung 1 membuat sesuatu menjadi bergulung; melipat sesuatu menjadi bulat torak bentuknya: Pak Dol ~ rokok daunnya. 2 melilitkan tali dsb pd gelendong; mengumpar: ~ tali. 3 menamatkan sesuatu ucapan dll; menyudahi perbahasan dll: Tiap-tiap peserta diberi masa lima minit utk ~ syarahannya. tergulung sudah digulung. gulungan apa-apa yg sudah digulung; apa-apa yg bergulung: Dia mengangkat ~ tikar itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gulung

Puisi
 

Asap api bergulung-gulung,
     Anak buaya terlampai-lampai;
Hajat hati nak peluk gunung,
     Apakan daya tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
KEJ) arch ring (gelang gerbang) Anggota melengkung yang memberikan sokongan utama kepada struktur ger- bang. (KEJ) arched squall (badai lengkung) Badai di kawasan tropika yang bercirikan awan arkus atau awan gulung dan biasanya merupakan ribut yang ganas. (METEO) archedictyon (arkediktion) Jaringan intervena pada sayap sesetengah serangga primitif. Sinonim archidic- tyon. (BIO) arbor archedictyon Kamus Sains.indb 100 7/8/08 11 pasir yang asepsis asphalt block Kamus Sains.indb 114 7/8/08 11:46:46 AM 115 dibentukkan sebagai blok melalui proses bertekanan tinggi. (KEJ) asphalt roll roofing (bumbung asfalt gulung) Bumbung asfalt yang dibina daripada lapisan yang selanjar. (KEJ) asphalt roof (bumbung asfalt) Bumbung rata yang dilapisi bahan konkrit asfalt. Dua lapisan konkrit asfalt yang setiap satunya setebal 10 mm

Kembali ke atas