Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.dir] | حاضير

Definisi : ada, ada datang (di sekolah, mesyuarat, dll): wakil kami tidak ~ dlm persidangan itu; daftar ~ daftar yg mengandungi nama orang yg hadir (datang); berhadir sl bersedia, menyediakan: segala orang Singapura itu pun sudah ~ dgn segala persembahannya; maka Sultan Ahmad pun menghimpunkan orang, dan disuruh ~ senjata; menghadiri hadir di (persidangan, majlis, kursus, dll) menyertai, mengikuti: lebih 100 orang peserta dr negara-negara Asia Teng­gara, Australia, dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tersebut; ~ persidangan Parlimen; menghadirkan 1. membuat supaya hadir (ada di sesuatu tempat): ketua rombongan hen­daklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan; ~ diri datang menun­jukkan diri; 2. sl menghimpunkan, meng­adakan, menyedia­kan: maka Sultan Ahmad pun mengerahkan segala rakyat ~ ke­leng­kapan perang; tuanku, baiklah per­silakan turun ke kenaikan, telah sedia patik hadirkan;kehadiran perihal hadir (di sesuatu per­jumpaan, mesyuarat, dsb), perihal berada (di sesuatu tempat dll), adanya, kedatangan: ~ golongan muda amat penting dlm per­jumpaan itu; ~ kuasa besar boleh membawa kesan buruk kpd negara-negara Asia Tenggara; daftar ~ daftar nama orang yg hadir (di mesyuarat, kursus dll), daftar hadir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.dir] | حاضير

Definisi : ada di tempat tertentu (di sekolah, mesyuarat dll): Wakil kami tidak ~ dlm mesyuarat itu. menghadiri datang dan turut serta dlm mesyuarat, persidangan dll; mengunjungi majlis dsb; mengikuti; menyertai: Lebih seratus orang peserta dr negara-negara Asia Tenggara, Australia dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tsb. Banyak sahabat handai yg telah ~ majlis perkahwinan itu. menghadirkan membuat supaya hadir di sesuatu tempat: Ketua rombongan hendaklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan. kehadiran perihal berada atau hadir di sesuatu tempat: ~nya telah menyerikan majlis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadir (kata kerja)
1. Bersinonim dengan wujud: berada, muncul, terbit,

2. Bersinonim dengan datang: menyertai, mengikuti, menunjukkan diri, memperlihatkan diri, turut serta, mengambil bahagian,

Kata Terbitan : menghadiri, menghadirkan, kehadiran, hadirin,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
data dari ingatan utama dengan pantas. Biasanya CPU akan dilumpuhkan semasa pemindahan data capaian ingatan terus. Singkatan DMA. (KOM) direct repeats (ulangan terus) Jujukan DNA seiras atau berhubung rapat, yang hadir dalam dua atau lebih sa- linan mengikut orientasi yang sama, dalam molekul yang sama. Jujukan DNA ulangan terus tidak semestinya bersebelahan. (BIO) direct-indicating viscometer (meter kelikatan tunjuk terus) Lihat rale Kamus Sains.indb 541 7/8/08 11:50:16 AM 542 kan keadaan patologi tertentu. Bunyi ini dikenali sebagai bunyi lembap atau bunyi kering bergantung sama ada cecair hadir atau tidak dalam saluran udara berkenaan. Bunyi ini dikelaskan mengikut lokasinya sama ada di bronkus, larinks, trakea atau vesikel. Sinonim rhonchus. (UBAT) RAM disk (cakera RAM) Storan ingatan utama bersaiz

Kembali ke atas