Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.la] | هالا

Definisi : arah, tuju: sungainya kecil mengalir ~ ke pantai; mereka mempunyai ~ perjalanan yg berlainan; tidak tentu ~ tidak berketentuan (tidak tentu arah, haru-biru); berhala berarah; menghala menuju, mengarah: terbang ~ ke utara; menghalakan mengarahkan, menujukan: pendekatan ini ~ perhatian pengkaji kpd usaha mencari maklumat tertentu; maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.la] | هالا

Definisi : ; ~-kebala Kl, bp biarkan(lah), lupakan (lah), maafkan(lah): ~lah, jangan diingat-ingatkan lagi perkara itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.la] | هالا

Definisi : arah yg dituju (aliran sungai, tiup­an angin dll): Angin bertiup ~nya ke pantai. menghala mengikut hala; mengarah; menuju: Kapal itu berlayar ~ ke utara. menghalakan menetapkan hala; menujukan; mengarahkan: Dia ~ tembakan itu kpd musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hala (kata nama)
Bersinonim dengan arah, haluan, tuju, hadap, tala, tepas, paran;,
Kata Terbitan : berhala, menghala, menghalakan,

Puisi
 

Daun entemu terlampai-lampai,
     Ditiup angin hala ke darat;
Malam Sabtu hajat tak sampai,
     Ikut rasa hati melarat.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
pada permukaan objek yang terbenam dalam ben- dalir. Daya ini bertindak pada arah tegak, magnitudnya sama dengan berat isi padu bendalir yang disesarkan oleh objek berkenaan dan halanya berlawanan dengan hala tindakan berat. Di samping itu, daya apung melalui pusat jisim isi padu bendalir yang tersesar itu. Magnitud daya apung, F, diberikan oleh sebutan F = ρgV, dengan ρ sebagai ketumpatan bendalir ditanggung oleh sesuatu habitat. (BIO) carsinogenic agent (bahan karsinogenik) Bahan yang dapat mengakibatkan kanser, seperti debu asbestos dan nikotina. (BIO) Cartesian unit vectors (vektor unit Cartesan) Vektor unit yang mentakrifkan hala positif bagi paksi Cartesan, iaitu paksi segi empat tepat x, y dan z. Simbol yang digunakan untuk vektor unit Cartesan ialah i bagi vektor unit yang berpadanan dengan paksi-x

Kembali ke atas