Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.nyut] | هاڽوت

Definisi : 1. dibawa mengalir oleh air (ombak, banjir, dsb): kayu itu ~ dibawa air pasang; 2. pergi jauh-jauh (mengembara, membawa diri atau membawa untung): lebih baik saya ~ ke negeri lain drpd hidup memendam rasa; 3. = berhanyut gelincir, meleset, larat (kerana licin dll): beberapa kali ia membuang sauh, ~ juga sauhnya itu; maka dibedilnya belu­lang itu, ~ tiada terus; 4. ki terlalu asyik, sedang khayal, terbawa mengelamun: mereka ~ dibuai lagu yg berirama lembut; penulis-penulis muda yg dikatakan sedang ~ ke satu alam yg penuh dgn kata-kata yg hebat; ~ harta bendanya hilang lenyap, habis, lesap; ~ hatinya merasa rawan; orang ~ a) orang yg hanyut di air (sungai, laut); b) orang yg mengembara ke mana-mana (orang dagang, musafir); ~ dipintasi, lulus diselami, hilang dicari prb menolong orang dlm masa kesusahan; malu berkayuh, perahu ~ prb kalau segan berusaha tidak akan mendapat kemajuan; terapung tak ~ terendam tak basah prb belum ada keputusan (ketentuan, ketetapan); berhanyut-hanyut 1. = berhanyutan ter­apung-apung dibawa air (banjir, ombak): berhari-hari kapal itu ~ dibawa ombak; mana yg tidak tenggelam tinggallah berha­nyutan; 2. pergi ke mana-mana: biar aku ~ ke rantau orang; 3. berlarut-larut, berlanjut-lanjut: perbualan mereka ~; menghanyutkan 1. membawa (menyebab­kan) hanyut (mengalir), dibawa oleh aliran: dihanyutkannyalah rakit itu ke laut; 2. ki membawa (diri) berangan-angan: dihanyutkan oleh khayalan; air tenang ~ prb orang yg pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan besar-besar; hanyutan benda yg dihanyutkan; kehanyutan perihal (keadaan dsb) terlalu asyik dgn sesuatu (selama terbawa menge­lamun dsb): watak-watak anak muda, diperlihatkan ~ dlm arus kota yg simpang-siur; penghanyutan perihal atau perbuatan menghanyutkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.nyut] | هاڽوت

Definisi : 1 dibawa mengalir oleh air, ombak dll: Perahunya ~ dibawa oleh air bah. 2 pergi membawa diri atau mengembara jauh-jauh. 3 ki terlalu asyik sehingga terlupa akan yg lain-lain; terbawa mengelamun: Dia ~ memikirkan masa depannya. berhanyut-hanyut terapung-apung dibawa air, ombak dll: Empat hari empat malam, perahunya ~ dibawa ombak. menghanyutkan 1 membawa hanyut; membawa mengalir: Air bah yg dahsyat itu telah ~ pondok mereka. 2 ki menyebabkan hanyut (asyik): Kenangan manis itu telah ~nya. hanyutan sesuatu yg dihanyutkan. penghanyutan perbuatan atau hal menghanyutkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hanyut (kata kerja)
1. Bersinonim dengan leka: khayal, asyik, mengelamun, melamun, berangan-angan, syok,

2. Bersinonim dengan terapung-apung: dibawa arus, bergerak,

3. Bersinonim dengan mengembara: membawa diri, membawa untung, pergi jauh-jauh, berkelana, berpetualangan, bermusafir,

Kata Terbitan : berhanyutan, menghanyutkan, kehanyutan,

Puisi
 

Tudung saji hanyut terapung,
     Hanyut sampai Pulau Jerjak;
Hajat hati nak pulang ke kampung,
     Badan terkurung tempat dipijak.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Segan (= malu) berkayuh,
     perahu hanyut.

Bermaksud :

Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Segan bergalah, hanyut serantau).

 

Lihat selanjutnya...(27)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
48:04 AM 176 buran (buran) Angin timur laut yang bertiup kencang di Rusia dan Asia Tengah. Buran bia- sanya bertiup dalam musim sejuk yang amat sejuk dan menerbangkan salji hanyut. Buran jarang berlaku dalam musim panas dan dikenali juga sebagai purga di kawasan tundra. (METEO) Burgundy mixture (campuran Burgundy) Fungisid tak organik dan berspektrum luas yang diperbuat melalui ubah suaian berlaku secara serentak, iaitu: i. Apabila ketampakan mendatarnya 10 km atau lebih; ii. Tiada awan di bawah 1500 m, tiada awan kumulonimbus; iii. Tiada kerpasan, ribut petir, kabut atau salji hanyut. (METEO) CCITT (CCITT) Singkatan bagi Consultative Committee for International Telegraphy and Telephony. Lihat Consultative Committee for International Telegraphy and Telephony. (KOM) ceiling balloon (belon siling) Belon kecil yang digunakan untuk

Kembali ke atas