Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.rus] | هاروس

Definisi : 1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib: kita mempunyai kepen­tingan sendiri yg ~ dijaga; engkau ~ berlaku adil dan saksama; 2. boleh jadi, mungkin: padinya ~ tidak menjadi disebabkan ke­kurangan air; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb), mungkin: ~ seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan; 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan, jaiz, mubah: mandi tiga kali sehari adalah ~ hukumnya di sisi agama Islam; seharusnya sepatutnya, semestinya: sudah ~lah kita memelihara diri drpd kekejian; mengharuskan 1. memandang mustahak, (perlu, patut), memestikan, mewajibkan: penuntut-penuntut sekolah diharuskan me­ma­kai pakaian seragam; 2. membolehkan, membenarkan, mengizinkan: pd bait ketiga ulangan suara itu kurang sesuai, tah di­haruskan bersajak dgn ta; agama Islam ~ perceraian; keharusan 1. sesuatu yg harus (patut dll) dilakukan atau sesuatu yg mesti terjadi, ke­mestian, kewajiban: membela maruah orang tuanya memang suatu ~; 2. sesuatu yg boleh berlaku atau mungkin berlaku (ter­jadi), ke­mung­kinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.rus] | هاروس

Definisi : 1 boleh dilakukan dan boleh juga ditinggalkan (kedua-duanya tidak berdosa); jaiz. 2 boleh jadi; mungkin: Dia ~ tidak datang, kerana hari hujan. 3 berkemungkinan besar; patut: Kita ~ menjaga nama baik keluarga kita. mengharuskan 1 menjadikan boleh dilakukan atau ditinggalkan; membolehkan; membenarkan: Allah mengharamkan riba dan ~ jual beli. 2 menjadikan patut atau elok: Kita diharuskan berpakaian kemas dan bersih. keharusan 1 keadaan atau sifat harus: ~ berkhatan lewat (dlm syariat Nabi Noh) telah dibatalkan dan diharamkan (dlm syariat Nabi Musa). 2 keadaan mungkin; kemungkinan: ~ berlakunya rusuhan di negara itu adalah besar. 3 sesuatu yg harus atau patut dibuat (dilakukan): Menjaga ketertiban tingkah laku ialah satu ~ bagi kita. seharus­nya sepatutnya; selayaknya: Dia tidak ~ bertindak terburu-buru begitu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harus (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: patut, wajar, perlu, tidak boleh tidak, tidak dapat tidak,

2. Dalam konteks hukum Islam
bersinonim dengan jaiz, mubah,

Kata Terbitan : seharusnya, mengharuskan, keharusan,

Puisi
 

Kalau begini rupanya padi,
     Harus juga condong ke barat;
Kalau begini rasanya hati,
     Harus juga akan melarat.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kaki tertarung inai padahannya,
     mulut terdorong emas padahannya.

Bermaksud :

Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya).

 

Lihat selanjutnya...(47)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
AntiLewisite) Lihat dimercaprol. (KIM) British thermal unit (unit termal British) Unit yang bersamaan dengan 1055.055262 joule dan merupakan unit peng- ukuran kuantiti haba yang ditakrifkan sebagai jumlah haba yang harus dipin - dahkan kepada 1 paun air untuk menaikkan suhunya sebanyak 1 darjah Fah- renheit (°F). Singkatan Btu. (KIM) brittle diabetes (diabetes rapuh) Diabetes yang sukar dikawal. Keadaan hipoglisemia serta asidosis ada radar atau alat pencari arah radio. Seki- ranya alat pencari arah radio digunakan, data ketinggian biasanya diperoleh menerusi pencerapan radiosond. Sekiranya ketinggian tidak dapat diperoleh melalui radar, jarak sendeng harus direkodkan bersama-sama sudut dongak dan azimut. (METEO) rawinsonde (rawinsond) Kaedah pencerapan udara atasan untuk menentukan laju dan arah angin, suhu, tekanan dan kelembapan nisbi dengan menggunakan radiosond yang dikesan

Kembali ke atas