Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.rot] | هيروت

Definisi : (hérot) tidak lurus atau tegak benar, benyot, mencong: ibuku ketawa riang hingga ~ bibir mulutnya; ~-benyot = ~-berot terlalu herot; mengherotkan menjadikan herot, mem­ben­yotkan, memencongkan: garisan yg dilu­kisnya diherotkan sedikit; suaranya keras mengejut menyebabkan Timah ~ bibirnya; mengherot-herotkan menyebabkan herot be­ber­apa kali atau banyak kali; terherot-herot menjadi herot-berot, ter­benyot-benyot, termencong-mencong: kaca itu membuat rupanya kelihatan ~; herotan 1. sesuatu yg tidak tepat, kecacatan: ilmu pengetahuan mereka begitu bebas drpd ~ yg disebabkan oleh pengaruh sosial; 2. (Komp) perubahan rupa bentuk pd gelombang isyarat penerima berbanding dgn isyarat asal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.rot] | هيروت

Definisi : /hérot/ tidak lurus atau tidak tegak betul; serong; mencong (bkn bibir, mulut dll): Dia ketawa hingga ~ bibir mulutnya. ~-berot, = ~ benyot sangat (terlalu) herot. mengherotkan menjadikan herot; memencongkan: ~ bibir (mulut). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
herot (adjektif)
Bersinonim dengan bengot, benyot, mencong, serong, genjang, peok, piuh, perot, mengsol, gerenyot, kemek, mengot, menguk, gelebek;,
Kata Terbitan : mengherotkan, terherot-herot,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
digunakan untuk menggerudi batuan formasi yang sangat keras. (KEJ) diamonding (genjangan) Perihal perubahan bentuk permukaan keratan rentas kayu, yang asalnya ber- bentuk segi empat sama atau segi empat bujur menjadi herot. Perubahan ini terjadi semasa proses pengeringan kayu akibat perbezaan kadar kecutan pada arah tangen dan arah jejari yang bernisbah lebih kurang 2 : 1. (HUT) diapanse (diapans) Pengurangan metabolisme dan pelambatan

Kembali ke atas