[hi.dro.gen] | هيدروݢن
Definisi : (Kim) gas paling ringan, tidak berwarna, tidak berbau, mudah terbakar, dan apabila berpadu dgn oksigen menjadi air; ~ karbonat garam asid karbonik; ~ peroksida sj sebatian yg sangat reaktif, dan sbg bahan antiseptik, bahan peluntur, dll; penghidrogenan perihal menjadikan sesuatu bersebati dgn hidrogen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[hi.dro.gen] | هيدروݢن
Definisi : gas yg tidak mempunyai bau, rasa atau warna dan membentuk air apabila bersebati dgn oksigen. ~ klorida ist gas tidak berwarna, mengakis, berbau sengit dan digunakan dlm bahan kimia organik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)