Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.lir] | هيلير

Definisi : 1. bahagian sungai yg di sebelah bawah (lwn hulu atau udik): ambillah air di sebelah ~; ayah dan ibu Ah Seng yg tinggal di sebelah ~ baris kedai itu bertanam sayur dan padi; orang ~ orang yg tinggal di daerah sungai di sebelah bawah; 2. = ke hilir, menghilir (mengikut aliran sungai): maka Seri Bija Diraja pun ~lah membawa maharaja Dewa Sura kpd Bendahara Paduka Raja; ~ malam mudik tak singgah daun nipah dikatakan daun labu prb jika malas berusaha tentulah akan mendapat susah: sudah terlalu ~ malam, apa hendak dikatakan lagi prb a) orang yg mengaku kesalahannya sendiri kerana mungkir dlm janjinya; b) sesuatu kesalahan yg tidak dapat diperbetulkan lagi; tidak mengetahui hulu ~nya prb tidak tahu hujung pangkalnya sesuatu perkara dll; berhiliran sentiasa (selalu) mengalir, meng­alir ke sana ke mari; menghilir belayar (berdayung, berhanyut) ke hilir: motobot ~ terus; berjalan ~ mudik ber­jalan ke sana sini, mundar-mandir; tak tentu ~ mudiknya tidak diketahui sebab-musababnya (asal usulnya dll); bagai si jimban hendak ~ prb orang lemah lagi lembap mengerjakan sesuatu; spt penjaja, berpaling hendak ~ prb perempuan yg keluar dr rumahnya dan berjalan dgn hebat dan tampan lakunya; menghiliri mengikuti sungai dll menghala ke hilir, berjalan (berkayuh dll) ke hilir; menghilirkan 1. membiarkan (mengha­nyut­­kan) menuju ke hilir, membiarkan meng­hilir, membawa sesuatu menghilir: maka Yang Dipertuan Muda pun menyuruh hilirkan penjajapnya yg telah sedia di dlm sungai itu; 2. ki membawa (sesuatu perkara, hal, dll) ke arah tertentu; hiliran berkaitan dgn pelbagai kegiatan yg berkembang drpd kegiatan utama (bkn industri, projek, aktiviti dsb): pembuatan kereta ini telah mewujudkan industri ~ spt servis, pen­jualan kereta dsb; pembangunan KLIA di­jangka meningkatkan pembangunan infra­struktur sokongan dan menggalakkan per­tumbuhan ~ baru di luar kawasan Lembah Klang; peringkat ~; produk ~; berkehiliran berketentuan; penghiliran perbuatan menghilir: sepanjang ~ di Sungai Lepeh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.lir] | هيلير

Definisi : bahagian sungai yg di sebelah bawah; lw hulu: Mereka tinggal di ~ sungai itu. ~ mudik ke sana ke mari; pergi balik; mundar-mandir: Dia berjalan ~ mudik sambil berfikir utk menyelesaikan masalah itu. menghilir belayar (berjalan dll) ke hilir sungai; menuju ke hilir. Dia pun naik perahu lalu ~ sungai itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hilir
Kata Terbitan : hilir-mudik, sehilir semudik,
Rujuk :muara;,

Puisi
 

Hilir Daik menyongsong Daik,
     Tanam terombong di bawah batang;
Kalau abang budi baik,
    baik/datang Tidak diseru saya datang.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Ke hilir kena kutuk sultan,
     ke mudik kena kutuk raja.

Bermaksud :

Orang yang serba salah kerana melanggar perjanjian.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
60 Å hingga 100Å. (KIM) biomonitor (biomonitor) Organisma hidup seperti ikan yang digunakan untuk menguji kesesuaian eflu- en yang dikeluarkan ke dalam air penerima dan menguji kualiti air di bahagian hilir tempat pembuangan. (BIO) bion (bion) Sebatang tumbuh-tumbuhan yang bebas dan boleh hidup berasingan. (BIO) bionics (bionik) Bidang ilmu yang berkaitan dengan reka bentuk dan pembuatan perkakasan elektronik yang boleh biasanya wujud hanya beberapa minit sahaja. (FIZ) cis-2-ethylhexyl phthalate (cis-2-etilheksil ftalat) Lihat dioctyl phthalate. (KEJ) cis-acting element (unsur tindakan-cis) Jujukan DNA yang berkedudukan ke hilir atau ke hulu relatif terhadap tapak permulaan transkripsi sesuatu gen dan bertindak mengawal atur transkripsi gen tersebut. (BIO) cis-heterozygote (cis-heterozigot) Heterozigot yang mempunyai dua gen mutan pada kromosom

Kembali ke atas