Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ho.doh] | هودوه

Definisi : 1. buruk, jelik (rupa dll); 2. terlalu bodoh (dungu); menghodohkan menyebabkan buruk, jelik (rupa dll): parut di muka memang ~ wajah; kehodohan keadaan atau sifat hodoh: sukar utk kita mengakui ~ hidup kita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ho.doh] | هودوه

Definisi : tidak elok; buruk (bkn rupa se­se­orang dll): Rupanya ~, tetapi hatinya baik. menghodohkan menjadikan hodoh. kehodohan keadaan hodoh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hodoh
Rujuk :buruk

Puisi
 

Anak beruk di kayu rendang,
     Meniti turun ke tepi paya;
Hodoh buruk di mata orang,
     Cantik manis di mata saya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Gagak bersuara murai.

Bermaksud :

Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
utamanya berupa tompok-tompok hitam pada kulit bawang yang masih se- gar. Tompok-tompok tersebut ialah bahagian yang busuk dan merupakan stroma kulat yang mengandungi aservulus dengan seta sehingga kelihatan hodoh dan kotor. (BIO) sodium dodecyl sulfate (natrium dodesil sulfat) Detergen anion yang digunakan dalam kaedah SDS-PAGE pemeringkatan protein. (BIO) soft detergent (detergen lembut) Detergen yang boleh terurai secara biologi

Kembali ke atas