Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.buh] | ايمبوه

Definisi : tambahan pd barang yg ditimbang (disukat dll), tambahan supaya sama berat (nilai dll): setelah siap disukatnya padi itu diberikannya pula ~ segantang; mengimbuh 1. memberi imbuh, menokok, menambah; 2. memberi imbuhan (awalan, akhiran atau sisipan); imbuhan 1. bayaran tambahan, sagu hati: mereka belum lagi menerima sebarang ~ tetap sbg anggota Majlis Tempatan; 2. (Lin) penambah (awalan, akhiran, dan sisipan); berimbuhan memakai imbuhan, ada imbuhan: sistem Za’ba membolehkan penulisan kata ~ dieja bercantum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[im.buh] | ايمبوه

Definisi : tambahan pd barang yg ditimbang (dibeli dll); tokok: Dia telah memberikan ~ secupak. mengimbuh memberikan tambahan; menokok; menambah. imbuhan 1 wang yg dibayarkan sbg sagu hati; bayaran tambahan. 2 penambah dlm ilmu bahasa spt ber-, ter-, -i, -kan yg dpt ditambahkan, atau -el-, -er- atau -em- yg dpt disisipkan pd kata dasar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
imbuh
Kata Terbitan : mengimbuh, mengimbuhkan, imbuhan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
atau gas secara semula jadi atau telaga telah mati. (KEJ) artificial load (beban buatan) Peranti yang digunakan untuk membolehkan pensimulasian dijalankan dalam pengujian tanpa menggunakan beban sebenar. (KOM) artificial recharge (imbuh buatan) Pengimbuhan atau pengisian kembali air tanah hasil kegiatan manusia dengan kadar yang melebihi kadar semula jadi. Proses ini mencakupi penambahan air oleh struktur yang direka khas untuk tujuan tersebut. Proses ini juga menca- kupi perubahan buatan terhadap keadaan semula jadi seperti imbuh teraruh atau penyusupan dari sesebuah sungai. Pelbagai kaedah telah diperkembang - kan seperti penyebaran air, pengimbuhan melalui kolam, lubang dan perigi, dan pengepaman untuk menghasilkan imbuh teraruh dari air permukaan. Si

Kembali ke atas