Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.te.gra.si] | اينتݢراسي

Definisi : penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan, penyatuan: soal ~ kaum ke arah satu masyarakat beridentiti Singapura; pencapaian ~ budaya hanya mungkin tercapai dgn mencari ruang-ruang budaya yg membolehkan wujudnya kerjasama dlm erti yg sebenar; berintegrasi bergabung, berpadu; mengintegrasikan menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan: semua suku harus ~ diri menjadi satu keluarga besar bangsa Indonesia; peranan pemasaran harus diperluas dan diintegrasikan dlm organisasi; terintegrasi disatupadukan: bangsa yg ~ kelompok etniknya; pengintegrasian proses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat, pandangan, dll): akademi gelanggang terbuka bagi ~ perspektif pelbagai bidang sains sosial; ini merupakan kesan langsung drpd kegagalan ~ politik negara kota itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.te.gra.si] | اينتݢراسي

Definisi : gabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dll) menjadi satu kesatuan (yg utuh): Usaha dilakukan utk mewujudkan ~ kaum ke arah satu masyarakat beridentiti Malaysia. berintegrasi 1 bergabung supaya menjadi kesatuan (yg utuh); berpadu: Penulis membuat andaian bahawa masyarakat tsb suka menyendiri dan tidak suka bantu-membantu dan ~. 2 digabungkan dan menjadi kesatuan (yg utuh): Sistem ini berasaskan konsep pelanggan/pelayan dgn rangkaian ~ di semua pejabat cawangan. mengintegrasikan menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dll) menjadi satu kesatuan (yg utuh): Semua suku kaum harus ~ diri menjadi satu keluarga besar dlm sesuatu bangsa. Peranan pemasaran hendaklah diperluas dan diintegrasikan dlm organisasi. terintegrasi digabungkan atau dipadukan: bangsa yg ~ kelompok suku kaumnya. pengintegrasian proses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat, bahagian dll): ~ nilai murni dan nilai agama dlm pendidikan memungkinkan lahirnya model terbaik bakal membentuk generasi yg akan datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
integrasi
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :satu, penyatuan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
diletakkan dalam sfera yang mempunyai permukaan dalam berwarna putih dan memantul cahaya secara bauran. Kemudian cahaya yang terpantul keluar melalui suatu bukaan dan di- ukur menggunakan fotometer biasa. (FIZ) integration (integrasi) Rekombinasi kromosom bakteriofaj dengan kromosom perumah mengguna- kan enzim integrase untuk menghasilkan sel lisogen. (BIO) intelligent language (bahasa cerdas) 1. Bahasa pengaturcaraan yang mempunyai kemampuan untuk belajar dari- pada keadaan insektarium insectarium insektivor insectivore insektorubin insectorubins insektoverdin insectoverdin insidens incidence insidius insidious insisi incision insisor incisor inskripsi inscription insomnia insomnia instar instar instilasi instillation insuflasi insufflation insulinoma insulinoma integrase integrase integrasi integration interaksi pelengkap complementary interaction interartikular interarticular interesterifikasi interesterification Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Kamus Sains.indb 848 7/8/08 11:52:07 AM 849 Daftar Istilah Sains dan Teknologi

Kembali ke atas