Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : jarak I 1. jauh atau ruang (renggang) antara dua tempat, benda, dsb: kampung itu kira-kira sekilometer ~nya dr bandar; 2. ark jari-jari bulatan; ~ dekat meliputi jarak yg dekat; ~ padang jarak yg diperlukan oleh pesawat udara utk berlepas dan mendarat dgn selamat di lan­­dasan; ~ pandang = ~ pelihatan ukuran yg digunakan utk menentukan jarak yg mem­bolehkan seseorang yg normal pe­lihatannya melihat sesuatu objek dgn jelas; ~ tumpuan kanta (cermin) jarak di antara pusat kanta (cermin) dgn tumpuan; ~ umur per­bezaan umur; ~ serasa hilang, bercerai serasa mati prb sanak saudara itu kalau berdekatan saling berbantah, kalau berjauhan mereka berkasih-kasihan; berjarak 1. mempunyai jarak, berjauh, be­renggang: rumah-rumah itu ~ sekurang-kurangnya 20 meter di antara satu dgn lain; 2. terpisah, menjauhi; menjarak bergerak (jauh) drpd yg satu lagi, menjauh, terpisah: kalau prisma diisi dgn dua sulfida maka perasingan cahaya-ca­haya berwarna akan lebih ~; menjaraki 1. membuat berjarak; 2. men­jauhi; menjarakkan menjauhkan, memisahkan, merenggangkan: dr satu hari ke satu hari, Lora makin ~ diri drpd Norman; terjarak terjauh dr, terpisah dr, terenggang dr; penjarakan perbuatan menjarakkan, pen­jauhan, pemisahan, perenggangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ruang (sela) di antara dua benda atau dua tempat: ~ di antara meja dgn pintu itu dua meter. menjarakkan menjauhkan; memisahkan: Sekarang ia selalu ~ diri dr kawan-kawannya. sejarak dlm jarak tertentu; sejauh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jarak
Kata Terbitan : berjarak, menjarakkan, terjarak, penjarakan,

Puisi
 

Bukit Beguk barat Melaka,
     Anjing menyalak ayam hutan;
Buah jarak tidak kusangka,
     Jarak menjadi buah rambutan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Duduk meraut ranjau,
     tegak meninjau jarak.

Bermaksud :

Selalu bekerja tidak berhenti-henti.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menentukan kualiti bunyi yang baik untuk pendengaran. (FIZ) acoustic shadow (bayang akustik) Bayang di belakang objek yang terletak pada lintasan gelombang bunyi yang jarak gelombangnya lebih kecil daripada objek. (FIZ) acoustic stiffness reactance (reaktans kekakuan akustik) Bahagian reaktans akustik yang dikaitkan dengan tenaga keupayaan sesuatu medium atau sempadannya. (FIZ) acoustic susceptance (rentanan akustik) Bahagian khayalan

Kembali ke atas