Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai; menjarangkan 1. = memperjarang mem­buat supaya jarang (renggang dll); 2. men­jadikan (mengusahakan supaya) tidak kerap atau tidak rapat masanya berlaku sesuatu: ~ kelahiran anak; penjarangan 1. perihal (perbuatan dsb) men­jadikan renggang atau bersela-sela; 2. perihal (perbuatan dsb) menjadikan tidak kerap (tidak selalu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jarang (adjektif)
1. Bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang,
Berantonim dengan rapat

2. Dalam konteks rambut
bersinonim dengan nipis, tidak lebat, tidak padat, sedikit,
Berantonim dengan lebat

Kata Terbitan : jarang-jarang, menjarangkan,

Puisi
 

Ikan kukus tulangnya lembut,
     Tulang lembut jarang-jarang;
Kami belayar jangan disebut,
     Takut dilanggar batu karang.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Jaras katanya raga jarang.

Bermaksud :

Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
tersorok seperti pada kumpulan serangga Crytocerata (Heteroptera). (BIO) additional first year allowance adeloceratous Kamus Sains.indb 19 7/8/08 11:45:22 AM 20 adelomycete (adelomiset) Nama am yang jarang digunakan untuk kulat tak sempurna. (BIO) adelphogamy (adelfogami) Persenyawaan antara sel induk dengan sel anak yang terbentuk secara mitosis daripada sumber yang sama. Contohnya, persenyawaan yang berlaku pada sel yis. (BIO

Kembali ke atas