[ja.wa.tan.kua.sa] | جاوتنکواس
Definisi : sekumpulan orang yg dilantik atau dipilih utk melaksanakan atau mengurus tugas-tugas tertentu, panitia; ~ ad hoc jawatankuasa khas yg ditubuhkan utk sesuatu tujuan tertentu tanpa perancangan awal; ~ induk jawatankuasa utama yg dibentuk bagi mengendalikan sesebuah majlis atau aktiviti, biasanya dianggotai oleh pengerusi jawatankuasa kecil; ~ kecil jawatankuasa yg dibentuk di bawah jawatankuasa induk utk menjalankan tugas tertentu, biasanya jumlah keanggotaannya kecil; ~ pemandu jawatankuasa yg berfungsi menentukan tertib kegiatan tertentu serta mengawasi arah perjalanannya agar mencapai matlamat yg dikehendaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ja.wa.tan.kua.sa] | جاوتنکواس
Definisi : beberapa orang yg dilantik atau yg dipilih utk mengurus sesuatu (dlm persatuan dsb); panitia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)