Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jum.lah] | جومله

Definisi : 1. campuran drpd beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar: ~ kerosakan ditaksirkan lebih drpd lima ratus ribu ringgit; 2. banyaknya, bilangannya: ~ wang yg diberi itu tidak memadai; sejumlah 1. sebanyak (yg dinyatakan): ke­rajaan telah membelanjakan ~ RM3 juta utk membina bangunan itu; 2. sebilangan (yg tidak dinyatakan jumlahnya): ~ besar penduduk negara ini beragama Islam; berjumlah mempunyai jumlah: hutangnya di kedai itu ~ dua ratus ringgit; menjumlah membuat kira-kira campur; menjumlahkan mencampurkan bilangan-bilangan menjadi satu: jika dijumlahkan semuanya wang itu cukup utk membeli se­buah rumah; terjumlah 1. terkumpul, telah dicampurkan; 2. termasuk dlm bilangan, terhitung: ke­luarganya ~ dlm golongan orang yg berada; terjumlahkan terkumpulkan, tercampur­kan; tidak ~ tidak terkira (terhitung); penjumlahan perihal atau perbuatan men­jumlahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jum.lah] | جومله

Definisi : 1 campuran drpd beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar; jawapan drpd mencampurkan beberapa bilangan: Berapa ~nya jika 6981 dicampurkan dgn 1007? 2 banyaknya; bilangan: ~ anggota dlm persatuan itu ialah 300 orang. berjumlah mempunyai jumlah; banyaknya sekalian yg ada: Anak muridnya ~ 42 orang. menjumlah membuat hitungan campur: Dia sudah pandai ~ dan mendarab. menjumlahkan mencampurkan beberapa bilangan menjadi satu: Selepas ~ undi itu, didapati banyak orang yg tidak mengundi. terjumlah 1 terkumpul; telah dicampurkan. 2 termasuk dlm bilangan; terhitung: Namanya ~ dlm senarai orang jahat. sejumlah 1 sebanyak; banyaknya: Kerajaan telah mengeluarkan wang ~ dua juta ringgit utk projek itu. 2 sebahagian; sebilangan: ~ besar sebahagian besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jumlah (kata nama)
Bersinonim dengan banyaknya, bilangan, amaun, gunggung;,
Kata Terbitan : sejumlah, menjumlahkan, terjumlah,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dengan bahan penyerap bunyi. (FIZ) abstract (abstrak/penyata cukai) Tulisan pendek mengenai sesuatu, ringkasan, ikhtisar dan sari. Abstrak digu- nakan bagi menyatakan hasil kayu yang dikeluarkan dari kawasan hutan dan jumlah cukai yang perlu dibayar. Pengiraan ini dibuat semasa hasil dikeluar- kan dari kawasan hutan. (HUT) abstract number (nombor abstrak) Nombor yang disusun secara ringkas seperti 1, 2, 3, 4, 5 dari asid organik, asid mineral atau larutan air yang mengandungi asid dan/atau garam dari asid tersebut. Larutan tersebut mem - punyai pH kurang daripada 7. (KEJ) acid value (nilai asid) Jumlah miligram kalium hidroksida yang diperlukan untuk meneutralkan asid bebas dalam 1 gm minyak, lemak dan lilin. Bilangan ini ditentukan secara pentit- ratan suatu sampel minyak, lemak atau lilin, dalam larutan

Kembali ke atas