Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.bus] | کابوس

Definisi : 1. wap air yg kelihatan spt asap yg ber­ada dekat muka bumi (biasanya pd waktu pagi): ~ di puncak bukit kian menipis; 2. tidak nyata kelihatan, tidak terang (seolah-olah ditutupi kabus) kabur, kelam: gambar yg ~; hilang ~ teduh hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita; berkabus dilindungi atau dilitupi kabus; mengabusi membuat supaya berkabus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bus] | کابوس

Definisi : 1 wap air spt asap yg berada dekat muka bumi (spt yg kelihatan pd waktu pagi). 2 cecair halus-halus yg terjadi drpd semburan, pancutan dll: Kita hendaklah memakai topeng pelindung semasa menyembur utk mengelakkan diri drpd tersedut ~ semburan. 3 tidak terang; tidak jelas; kabur. berkabus dilindungi atau dilitupi kabus: cermin kereta yg ~. mengabusi membuat supaya dilindungi atau diliputi kabus; membuat supaya berkabus: Keratan pokok puding dpt mengeluarkan akar jika selalu dikabusi air. pengabus alat utk menghasilkan kabus atau utk menyebabkan terjadi kabus: Keratan itu disemai dan ditanam dlm pasir serta dilembapkan dgn ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kabus

Puisi
 

Seri Andalas sekota embun,
     Dari Gersik ke Surabaya;
Kasih ibarat setitik embun,
     Hilang kabus nampak dia.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Kilat di dalam kilau,
     kabus di dalam hujan.

Bermaksud :

Dalam tutur kata atau tingkah laku tercantum maksud yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
memakan serangga. Sinonim insectivore. (BIO) entomophyte (entomofit) Organisma termasuk kulat yang hidup pada serangga. (BIO) entospore (entospora) Spora yang terhasil secara endogen. (BIO) entrained fluid (bendalir ikutan) Bendalir dalam bentuk kabus, kabut atau titisan yang dibawa keluar dari suatu turus atau bekas oleh gas yang naik atau strim wap. (FIZ) environmental factor (faktor persekitaran) Lihat ecological factor. (BIO) epidemy (epidemi) Keadaan yang kelihatan pada carta tekanan malar aras atas. Istilah ini sering dihadkan kepada siklon yang berkaitan dengan pusaran siklon nisbi di atmosfera bahagian bawah. (HID) upslope fog (kabut cerun atas) Kabus yang terbentuk apabila udara mencuar tanah tinggi dan kemudiannya disejukkan secara adiabatik pada atau di bawah takat embun. (HID) upstream (huluan) 1. Bahagian proses yang dilakukan sebelum melibatkan penggunaan bejana

Kembali ke atas