Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.nan] | کانن

Definisi : 1. bahagian (pihak) yg berlawanan dgn kiri, bahagian (pihak) yg di sebelah timur kalau kita berdiri menghala ke utara; tangan ~ a) tangan yg di sebelah kanan (biasanya digunakan utk makan); b) pembantu yg utama (penting), orang harapan; langkah ~ a) nasib baik (beruntung); b) saat yg baik (beruntung); 2. penting (utama), tinggi kedudukannya (pangkatnya dll): pegawai ~ kerajaan; 3. yg mengikut atau berdasarkan aliran politik yg sederhana (konservatif, tidak revolusioner): pemerintahan masih dikuasai oleh parti yg berhaluan ~; puak ~ tetap menguasai pemerintahan negeri itu; menganan (berpusing, berbelok, dll) ke arah kanan; menganankan membawa (memusingkan dll) ke arah kanan, mengarahkan ke kanan; terkanan 1. berada di tempat yg paling kanan; 2. terkemuka (terutama, tertinggi, dll): dua orang pegawai ~ Kementerian Luar telah dikirim ke PBB; kekananan kedudukan yg lebih tinggi berbanding dgn kedudukan orang atau jawatan lain (dlm struktur pentadbiran dsb): salah satu pertimbangan bagi pelantikan tersebut ialah ~ pegawai-pegawai yg memohon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.nan] | کانن

Definisi : 1 bahagian yg di sebelah timur apabila kita menghadap ke utara; bahagian yg berlawanan dgn kiri: Dia duduk di ~ saya. 2 tinggi pangkatnya dll: Dia pegawai ~ di pejabat itu. menganankan membawa ke arah kanan; memutarkan ke arah kanan. kekananan kedudukan atau taraf yg lebih tinggi: Kenaikan pangkat bukan saja didasarkan pd ~ seseorang, tetapi juga pd kecekapan dan pencapaiannya dlm menjalankan tugas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kanan (kata nama)
1. Berantonim dengan kiri

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tinggi, utama, penting,

3. Dalam konteks politik
bersinonim dengan konservatif, sederhana,

Kata Terbitan : terkanan, kekananan,

Puisi
 

Pandang-pandang kanan dan kiri,
     Melintas jalan berkira-kira;
Kurang ringgit boleh dicari,
     Kurang akal habis bicara.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Melangkah kaki kanan.

Bermaksud :

Sampai ke rumah orang ketika tuan rumahnya sedang makan atau baru hendak makan, sehingga kita diajaknya makan bersama-sama.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
spesiesnya de- ngan penerima, tetapi berbeza genotipnya. Proses ini juga dikenali sebagai homocantum. (BIO) allogyric birefringence (dwirefringens alogirik) Fenomena perbezaan antara halaju cahaya yang terkutub secara membulat dan mengikut arah kanan dengan cahaya terkutub membulat mengikut arah kiri yang terpancar menerusi medium optik aktif. (FIZ) allohexaploid (aloheksaploid) Individu yang dihasilkan daripada penghibridan gamet yang berasal daripada tiga subspesies dan diikuti penduplikatan urutan asid amino) Susunan linear asid amino seperti yang terdapat dalam peptida atau protein. Urutan asid amino biasanya ditulis dengan penghujung-N di sebelah kiri dan penghujung-C di sebelah kanan. (BIO, KIM) amino acid side chain (rantai sisi asid amino) Kumpulan R yang terdapat dalam asid amino. Perbezaan kumpulan ini digu- amerospore amino acid side chain Kamus Sains.indb 51

Kembali ke atas