Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : alat drpd bilah besi yg tajam dan ber­tangkai kayu (utk menebang pokok, mem­belah kayu, dll); ~ ais sj alat spt kapak yg digunakan oleh pendaki gunung utk menakik ais bagi membuat tempat berpijak dan tempat berpaut; ~ bungkus Kl = ~ siam kapak kecil (utk mengatuk orang); ~ menelan beliung prb yg baik dibuang dan ditukar dgn yg buruk; bagai ~ naik pemidangan (peminangan) prb melakukan se­suatu dgn tidak cukup kebolehan atau alat; di mana ~ jatuh, di situ baji makan prb di mana perkara terjadi, di situ pula diselesaikan; habis ~ berganti beliung prb sangat rajin bekerja; spt ~ menyelam beliung prb orang yg terlebih malas disuruh mengerahkan orang yg malas bekerja; berkapak 1. bergaduh dgn menggunakan kapak utk mencederakan lawan: mereka ~ berparang berebutkan tanah sekangkang kera itu; 2. telah dikapak: beberapa tual batang getah itu sudah ~ dan dijemur utk dibuat kayu api; mengapak memotong atau membelah dgn kapak; pengapak 1. orang yg mengapak: dia pernah menjadi penebang pokok dan ~ kayu api; 2. sesuatu yg digunakan utk mengapak: asal besi ~ kayu, asal emas menjadi penduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kapak
Rujuk :senjata

Puisi
 

Ambil kapak belah ke kundur,
     Baik terbelah si ibu kaki;
Walau setapak saya tak undur,
     Itu adat anak laki-laki.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Seperti kapak naik pemidangan (= peminangan).

Bermaksud :

Tidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kapak naik cerana). pemidangan (peminangan) = tempat sirih.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
yang berplasenta. Mamalia ini tersebar luas dan umumnya dikenali sebagai rodensia. Antaranya termasuklah hamster, tupai dan landak. Antara ciri haiwan daripada order ini termasuklah mempunyai sepasang gigi kacip yang berbentuk kapak pada setiap rahang, tidak mempu- nyai gigi taring dan sama ada herbivor atau omnivor. Sinonim rodent. (BIO) rodenticide (racun perosak roden) Racun perosak yang digunakan untuk membunuh tikus atau roden perosak

Kembali ke atas