Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ha.bi.san] | کهابيسن

Definisi : mengalami kesulitan kerana sesuatu (yg diperlukan) telah habis (dgn tidak disedari, di luar dugaan), tidak lagi mempunyai (wang dll, kerana sudah dibelanjakan, diguna­kan, dsb semuanya), ketiadaan sesuatu (kerana telah habis): belum hujung bulan dia telah ~ wang; dgn gerak yg lemah spt orang ~ tenaga ia berjalan perlahan-lahan menuju sebuah jendela; keretanya ~ minyak di tengah jalan; ~ modal tidak tahu apa yg hendak dikatakan lagi (dlm perbualan, per­bincangan, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ha.bi.san] | کهابيسن

Definisi : 1 telah habis (wang dll) dgn tidak disedari atau di luar dugaan; mengalami keadaan habis: Pasukan Askar Melayu yg lebih kecil itu telah menentang musuh hingga ~ peluru lalu menjadi korban benet Jepun.Keretanya ~ minyak di tengah jalan. 2 keadaan atau kejadian habis: ~ bekalan petrol telah menyulitkan keadaan di situ (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
habis
1. Bersinonim dengan kesemuanya
( segalanya, sekaliannya, keseluruhannya, )
(adverba:)

2. Bersinonim dengan sebahagian besarnya
( hampir keseluruhan, banyak bahagiannya, )
(adverba:)

3. Bersinonim dengan siap
( selesai, beres, tamat, berakhir, )
(kata kerja:)

4. Bersinonim dengan paling
( sangat, amat, cukup, terlalu, benar-benar, )
(kata tugas:)

5. Bersinonim dengan selepas
( sesudah, setelah, )
(kata tugas:)

6. Bersinonim dengan jadi
( kalau begitu, maka, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : sehabis-habis, habis-habis, habis-habisan, berhabis, berhabis-habisan, menghabiskan, kehabisan, penghabisan,

Peribahasa

Bagai pelita kehabisan minyak.

Bermaksud :

Tidak berseri-seri lagi. (Bandingkan dengan: Lampu kekurangan minyak).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
J yang menunjukkan bentuk pertumbuhan populasi di sesuatu habitat. Dalam jangka masa yang singkat, bilangan individu akan bertambah dengan cepat tetapi pada suatu ketika, apabila wujud pengehad per - tumbuhan seperti kehabisan sumber makanan, semua individu akan terhapus dan pertumbuhan populasi akan terencat serta-merta. (BIO) jejunectomy (jejunektomi) Pembuangan jejunum atau sebahagian daripada jejunum secara pembedahan. (UBAT) jejunostomy (jejunostomi) Penebukan dinding abdomen dalam bentuk yang sesuai untuk peng- guna atau sistem yang seterusnya. (KOM) over discharge (nyahcas lebih) Berkaitan dengan bateri storan yang mengalami nyahcas di bawah aras bia- sa atau yang kehabisan tenaga sehingga tidak dapat dipulihkan semula. Ke- adaan ini disebabkan oleh ciri elektrod dan elektrolitnya yang telah berubah sama sekali. Nyahcas lebih mungkin berlaku sekiranya bateri tersebut terus- menerus digunakan

Kembali ke atas