Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.jang] | کجڠ

Definisi : kaku (anggota dll), kejur, tegang (urat dll): mayat Bakri terbaring di situ ~ pucat; ~ mulut mulut terkancing atau tertutup rapat; mati ~ mati kaku (binatang yg mati tidak dgn disembelih); berkejang, berkejang-kejang melunjur­kan keras-keras (tegang-tegang), meregang­-regangkan (kaki); mengejang menjadi kejang: dia mengurut-urut perutnya melawan rasa sakit yg ~ itu; mengejangkan meluruskan (kaki) keras­keras (hingga menjadi kaku): dia ~ urat sarafnya; terkejang-kejang menjadi kejang dgn tiba­-tiba dan berkali-kali; kekejangan 1. = kejangan sj penyakit pd kaki (menyebabkan urat betis terasa spt di­tarik-tarik), sakit ular-ularan: ~ otot di bahagian betisnya mengakibatkan rasa sakit; 2. keadaan kejang (kaku), kekakuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jang] | کجڠ

Definisi : tidak dpt dibengkok-bengkokkan (bkn anggota); kaku; kejur: Kakinya ~. ~ mulut terkancing mulut (tidak dpt dibuka). mengejangkan meluruskan (kaki dll) sehingga seolah-olah kejang. terkejang-kejang dlm keadaan kejang dgn tiba-tiba dan banyak kali. kekejangan penyakit yg menyebabkan kaki menjadi kejang; sakit ular-ularan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejang (adjektif)
Bersinonim dengan keras, terpejung, kejur, kaku, kerekot, terkerkau, berkuat, kercau, tegang, ular-ularan, encok;,
Kata Terbitan : berkejang, mengejangkan, kekejangan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
central processing unit. Lihat central processing unit. (KOM) crack (retak) Bukaan yang kecil pada permukaan anggota struktur atau bahan binaan akibat pengecutan permukaan, tegangan atau lenturan. (KEJ) cramp ball (bebola kejang) Jasad buah Daldinia concentrica yang biasanya digunakan oleh sebahagian masyarakat di Eropah sebagai ubat kejang. (BIO) crank-effort diagram (gambar rajah engkol-usaha) Plot bagi kilas yang bertindak pada aci engkol lawan sudut engkol. Luas di bawah lengkung memberikan nilai kerja yang dilakukan oleh aci

Kembali ke atas