Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ke.ri.ngan] | ککريڠن

Definisi : 1. perihal (keadaan, sifat) kering; 2. sudah menjadi kering, tidak basah (berair) lagi: semua parit ~ dlm musim kemarau itu; tekak masing-masing ~ kerana kehausan; 3. tidak lagi di laut dll (bkn perahu), terletak di darat (bkn perahu); 4. kehabisan wang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ke.ri.ngan] | ککريڠن

Definisi : 1 sifat atau keadaan kering. 2 (telah) menjadi kering: Tekak masing-masing ~. 3 ki kehabisan wang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kering (adjektif)
1. Bersinonim dengan kemarau: kontang, ringkai, timpas, usang, cerin, cering, kasang, kesang, dangkal, tohor, tidak berair, tidak turun hujan tidak basah, tidak lembap lagi,
Berantonim dengan basah

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan pokai, habis duit, tidak berwang lagi,

3. Dalam konteks durian
bersinonim dengan dengkel, tidak berisi,

Kata Terbitan : mengeringkan, kekeringan,

Peribahasa

Anak monyet di hutan disusui,
     anak sendiri di rumah kekeringan.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dalam bentuk heksagon. (HID, KIM) ice storm (ribut ais) Ribut yang dicirikan oleh kerpasan beku. Ribut ais juga disebut sebagai ribut perak. (METEO) ichthyosis (iktiosis) Ketaknormalan kongenital yang dicirikan dengan kekeringan, kekasapan dan pembentukan sisik pada kulit. Keadaan ini timbul akibat hipertrofi lapisan sel tanduk pada kulit, penghasilan keratin yang berlebihan atau kecacatan pada molekul keratin. (UBAT) icon (arca) Gambar kecil

Kembali ke atas