Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.min] | کلامين

Definisi : 1. pasangan atau jodoh (laki-laki dan perempuan), dua sepasang; katil ~ katil utk dua orang; 2. keluarga (suami isteri dan anak); 3. = alat ~ kemaluan manusia atau binatang (pd laki-laki atau perempuan, jantan atau betina); penyakit ~ penyakit pd kemaluan (lelaki atau perempuan); perhubungan ~ persetubuhan, perhubungan jenis; 4. = jenis ~ jantina, jenis (lelaki atau perem­puan, jantan atau betina); sekelamin 1. sepasang (suami isteri), dua sepasang (jantan dan betina); 2. sekeluarga: ran itu didiami oleh ~ orang Sakai; berkelamin 1. berpasangan (lelaki dan pe­rempuan), dua sepasang; 2. bersama isteri atau suami (dan anak): taman bunga masih ramai dgn orang yg bersiar-siaran ~ dan berpasang-pasang; 3. beristeri (bersuami), beristeri (bersuami) dan beranak, berkeluarga: ia sudah bosan membujang dan ingin pula hidup ~; mengelamin mengahwini; perkelaminan perihal berkelamin, kehidup­an sbg suami isteri atau sbg suatu keluarga: kedua-dua pihak, lelaki dan perempuan, yg hendak mendirikan rumah tangga harus mengetahui hal-hal yg berkaitan dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.min] | کلامين

Definisi : 1 pasangan lelaki dan perempuan; dua dlm sepasang. 2 suami isteri dan anak-anak; keluarga. jenis ~ jenis lelaki atau perempuan, jantan atau betina; jantina. berkelamin 1 berpasangan. 2 beristeri atau bersuami; bersuami atau beristeri dan beranak. mengelamin mengahwini. perkelaminan keadaan atau hal hidup berkelamin. sekelamin 1 sepasang suami isteri; sepasang (jantan dan betina). 2 sekeluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelamin (kata nama)
1. Bersinonim dengan jodoh: pasangan, jantina, seks,

2. Bersinonim dengan keluarga: seisi rumah, batih,

Kata Terbitan : sekelamin, berkelamin, mengelamin,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
pusar) Kadar pengangkutan atau fluks unsur bendalir seperti momentum, jisim, haba, atau bahan ampai melalui pusar dalam suatu gerakan bergolak yang meru - pakan kadar pertukaran bergolak. (HID) edeagus (edeagus) Alat kelamin jantan serangga. (BIO) edge drain (bahu saliran) Bahagian sisi saliran yang hampir mendatar, dibina di cerun bagi menangkis aliran air dan menyalirkannya dengan sempurna. (KEJ) edging (reja tepi) Jaluran kayu biasanya dilakukan hanya kepada venir muka. (HUT) veneer plaster (lepa venir) Lepa yang mengandungi lapisan dasar bod gipsum yang disapu dengan selapis lepa pada dinding dalam. (KEJ) venereal disease (penyakit kelamin) Penyakit berjangkit yang biasanya diperoleh melalui hubungan seks. Antara penyakit yang tergolong sebagai penyakit kelamin ialah sifilis dan gonorea. (UBAT) venosus sacralis plexus (pleksus venosus sakralis) Pleksus pada permukaan pelvis

Kembali ke atas